9 ahli LOONA buat tuntutan untuk gantung kontrak eksklusif mereka dengan Blockberry Creative, tapi agensi nafikannya

Satu lagi berita mengejutkan datang dari kumpulan LOONA. Beberapa hari selepas Chuu ditendang keluar daripada kumpulan itu, sembilan daripada 11 ahli yang tinggal dilaporkan memfailkan saman terhadap Blockberry Creative selaku agensi mereka.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pasukan JTBC Entertainment News pada 28 November, sembilan ahli kumpulan LOONA – Heejin, Haseul, Yeojin, Kim Lip, Jinsoul, Choerry, Yves, Go Won, dan Olivia Hye – kesemuanya telah memfailkan permohonan injunksi sementara terhadap agensi itu untuk menggantung kontrak eksklusif mereka.

Laporan itu mendakwa sembilan anggota itu mengambil tindakan selepas memutuskan hubungan saling percaya antara mereka dan agensi mereka yang menjadi premis kontrak sudah tidak wujud lagi sehingga sukar untuk mengharapkan kerjasama dalam pengurusan dan hiburan. Blockberry Creative sejak itu menafikan bahawa ini adalah benar. Bagaimanapun, JTBC menyatakan bahawa agensi itu secara tradisinya cenderung untuk mengambil sikap menafikan, seperti yang dinyatakan dalam respons mereka terhadap khabar angin Chuu telah mewujudkan syarikatnya sendiri.

Keputusan itu dibuat sejurus selepas Chuu disingkirkan secara rasmi daripada barisan kumpulan itu. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Blockberry Creative mendakwa bahawa dia telah disingkirkan kerana “penyalahgunaan kuasa,” termasuk dakwaan penggunaan bahasa kasar terhadap kakitangan. Walau bagaimanapun, peminat, jenama dan mereka yang pernah bekerja dengan Chuu pada masa lalu telah bercakap bagi pihak tentang karakter baiknya.

Sementara itu, memandangkan LOONA merupakan kumpulan di mana seorang ahli memulakan kerjaya dengan single solo setiap bulan selama setahun sejak Oktober 2016, kontrak tujuh tahun mereka sebenarnya bermula daripada pengeluaran album pertama secara berkumpulan penuh mereka, iaitu pada Ogos 2018. Jika Heejin, Haseul, Yeojin, Kim Lip, Jinsoul, Choerry, Yves, Go Won, dan Olivia Hye menang ke atas saman berkaitan kontrak mereka yang dilaporkan terhadap agensi itu, kumpulan itu mungkin akan dibubarkan kerana sukar bagi mereka  untuk menjalankan aktiviti dengan semua ahli di bawah Blockberry Creative.

Sementara itu, EDaily pada hari 28 November melaporkan Chuu telah menandatangani kontrak eksklusif dengan BY4M Studio setelah ditendang keluar dari LOONA pada 25 November lalu. Syarikat media itu akan mengumumkan secara rasmi berita itu tidak lama lagi, serta hala tuju aktiviti masa Chuu.

BY4M Studio telah terlibat secara aktif dalam pemasaran digital berasaskan media sosial dan secara beransur-ansur mengembangkan perniagaannya ke dalam bidang hiburan. Ia juga memperoleh Major9, yang termasuk artis seperti Ben, VIBE dan 4MEN. Menurut laman web rasmi mereka, syarikat itu juga bekerjasama dengan Holland, Jeon Sang Geun, Shin Ye Young, dan Lokid.

Sumber : 1 | 2

loading...