Tak tahan lagi dikongkong, Kang Daniel upah peguam untuk lawan balik kontrak bersama LM Entertainment

Kang Daniel sedang mendapatkan khidmat guaman menerusi peguam Sun Jong Mon untuk mengkaji semula kontrak dimeterainya bersama agensi sendiri, LM Entertainment. Ia rentetan daripada ketidakpuashatian terhadap LM Entertainment berhubung larangan membuka laman sosial instagram sendiri, selain isu-isu lain berbangkit mengenai kawalan agensi sepenuhnya terhadap dirinya.

Peguam Sun Jong Mon pernah mewakili Kim Hyun Jong semasa perbicaraan mahkamah melibatkan kekasihnya yang hamil anak kandung pelakon tersebut. Selain itu, beliau juga pernah membantu kumpulan Mad Town menyelesaikan pertikaian dengan syarikat mengendalikan mereka terdahulu.

Sementara itu, Persatuan Produser Hiburan Korea (“Korean Entertainment Producer Association”) mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mengambil pendirian berkecuali dalam isu perbalahan antara Kang Daniel dengan agensinya, dan akan membantu proses rundingan dapat dicapai antara mereka. Mereka juga berharap bahawa rundingan itu tak berlarutan sehingga saman-menyaman, dan jika berlaku, mereka akan bertindak serta-merta.

Di harap perbalahan Kang Daniel dengan agensinya dapat diselesaikan dengan baik. Selain Kang Daniel, LM Entertainment juga menguruskan bekas ahli Wanna One, Yoon Ji Sung yang baru-baru ini telah dibatalkan sesi pertemuan bersama perminat di Malaysia.

Sumber: newsen , OSEN , kmania1

loading...