Kembali ke dunia drama, Kang So Ra akan bergandingan dengan Jang Seung Jo

Nampaknya Kang Sora akan kembali ke skrin kecil selepas drama terakhirnya “The Beauty Inside” pada tahun 2018. Kali ini dia dan Jang Seung Jo akan bersatu untuk drama baharu!

Pada 18 November, telah disahkan bahawa kedua-dua bintang itu akan menerajui drama bersiri baharu “Can We Be Strangers?” (tajuk literal).

Drama ini mengisahkan tentang penceraian peguam popular Oh Ha Ra (Kang Sora) dan bekas suaminya Goo Eun Beom (Jang Seung Jo) yang juga seorang peguam. Oh Ha Ra, seorang pakar dalam bidang pengajiannya, dikenali sebagai “dewi litigasi,” dan dia sudah membuat keputusan tentang bagaimana dia harus membenci bekas suaminya. Tetapi apa yang berlaku apabila kedua-duanya disatukan sekali lagi, tetapi kali ini sebagai rakan sekerja?

“Can We Be Strangers” mengambil latar belakang firma guaman yang pakar dalam undang-undang perceraian dan dijangka menjadi siri yang memaparkan banyak isu berkaitan tentang percintaan dan kerjaya mereka yang berumur 30-an dan 40-an.

Kang Sora terkenal dengan lakonannya yang cemerlang dalam drama seperti “Misaeng,” “My Lawyer, Mr. Joe,” dan “Revolutionary Love” manakala Jang Seung Jo telah mencipta nama dengan lakonan hebatnya dalam drama termasuk “Money Flower, ” “Familiar Wife,” dan “The Good Detective,” sekaligus menarik perhatian penonton untuk menyaksikan chemistry mereka dalam “Can We Be Strangers?”

Drama ini akan diarahkan oleh Kim Yang Hee yang turut menggarap drama hit 2022 “Our Blues” dan dijadualkan untuk ditayangkan pada Januari 2023.

Sumber : 1

loading...