Konsert Sulung EPIK HIGH Bakal Berlangsung Di Kuala Lumpur Disember Ini dan Tiket Telah Mula Dijual

[Kuala Lumpur] Kumpulan muzik hip hop alternatif dari Korea Selatan, EPIK HIGH yang dibarisi oleh Tablo, Mithra Jin dan DJ Tukutz bakal menjejakkan kaki ke Malaysia buat kali pertama untuk menjayakan konsert jelajah terbaru, EPIK HIGH Is Here

Sebagai artis pertama KPOP yang membuat persembahan jelajah di Asia Pasifik sejak pandemik Covid-19 yang melanda lebih dua tahun lalu, EPIK HIGH telah mengembara ke bandar seperti Singapura, Melbourne, Sydney, Bangkok dan Jakarta mulai Julai lepas. ‘Bab ke-2’ buat konsert jelajah ini telah diumumkan secara rasmi dan tiga lokasi baru yang turut ditambahkan termasuk Filipina, Malaysia dan Taiwan.  

Selepas 19 tahun berkecimpung di dalam industri hiburan, akhirnya 3 rapper kelahiran Korea Selatan menjejakkan kakinya ke Malaysia buat kali pertama, menerusi konsert jelajah Asia Pasifik, EPIK HIGH Is Here – Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh CK Star Entertainment. Konsert ini akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 2 Disember 2022, mulai jam 8 malam. 

Photo credit : CK Star Entertainment

Trio berkenaan bakal menghiburkan ‘High Skool’ (nama fandom EPIK HIGH) dengan lagu-lagu hit yang menjulang nama mereka ke persada dunia, antaranya, ‘Born Hater’, ‘Happen Ending’ dan ‘Fly’. Penulisan lirik yang mementingkan konsep metafora, analogi, dan puitis yang sering kali mengetengahkan makna dan perjuangan hidup berjaya menonjolkan kelainan dan keunikan mereka, selain menambat hati peminat. 

Konsert jelajah ini adalah rangkaian pertunjukan terbaru yang bermula di Singapura sejak Julai lalu, di samping menyokong rangka promosi album studio kesepuluh kumpulan berkenaan berjudul “Epik High Is Here”, yang dibahagikan kepada dua, iaitu “Epik High is Here 上 (Part 1)”  dan “Epik High Is Here 下 (Part 2)”. Pembahagian album ini adalah disengajakan untuk mencermin cara novel tradisional Korea yang diterbitkan dalam dua bahagian, untuk memberikan ruang kepada pembaca berehat sejenak dan menilai karya tersebut, sebelum beralih ke bahagian seterusnya.

Antara momen-momen yang dapat diabadikan semasa konsert Epik High berlangsung.

Photo credit : CK Star Entertainment
Photo credit : CK Star Entertainment
Photo credit : CK Star Entertainment
Photo credit : CK Star Entertainment
Photo credit : CK Star Entertainment

Menurut temu bual dengan majalah Rolling Stone baru-baru ini, mesej di sebalik album terbaru ini ialah “EPIK HIGH akan berada di sini, meskipun anda rasa tiada siapa yang sudi mendengar luahan hati anda”. Album ini turut memuatkan bingkisan pengalaman dua dekad serta detik manis dan pahit yang dilalui tiga bersama.  

Konsert jelajah Asia Pasifik EPIK HIGH Is Here – Kuala Lumpur anjuran CK Star Entertainment akan berlangsung pada 2 Disember 2022, 8 malam, di Zepp Kuala Lumpur. Tiket berharga RM 798 (VIP), RM 498 (Early Entry), RM 398 (Standard Entry) dan RM 4000 (Box) (harga tertera tidak termasuk yuran pemprosesan) boleh didapati melalui laman web https://my.bookmyshow.com/ pada 28 Oktober 2022, mulai jam 12 tengahari. 

Untuk maklumat lanjut megenai konsert, sila ikuti laman web rasmi CK Star Entertainment

Butiran Konsert:

EPIK HIGH Is Here – Kuala Lumpur

Tarikh : 2 Disember 2022 (Jumaat)
Masa  : 8 malam
Lokasi : Zepp Kuala Lumpur
Tarikh Jualan Tiket : 28 Oktober 2022 (mulai jam 12 tengahari)
Laman Tiket Rasmi: https://my.bookmyshow.com/
 

Harga Tiket:

 

 

 

 

 

VIP (Limited): RM 798
Early Entry (Standing): RM 498
Premium Seat: RM 498
General Admission (Standing): RM 398
Standard Seat: RM 398
Box (8 orang): RM 4000

* Pek VIP termasuk tiket VIP (standing), kemasukan utama, peluang bergambar secara berkumpulan (sebelum persembahan) & poster eksklusif.
* Harga tertera di atas tidak termasuk yuran pemprosesan.
* Zon berdiri terbuka kepada pengunjung yang berumur 12 tahun ke atas, kecuali wanita hamil.
* Ruang tempat duduk terbuka kepada pengunjung yang berumur 3 tahun ke atas.

loading...