KDrama genre jenayah terbaru “Big Bet” akan debut secara eksklusif di Disney+ Hotstar 21 Disember ini

Dibintangi oleh pelakon legenda “Old Boy” Choi Minsik dan bintang “My Liberation Notes” Sohn Seokgu, siri ini diarahkan oleh pengarah yang memenangi aungerah, Kang Yoonseong.

Seorang lelaki terus berjuang untuk terus hidup dalam kemerosotan. Dia berazam untuk memperbaiki kehidupannya, tidak kira apa yang menjadi pertaruhan. Kisah ini akan dihuraikan dalam siri K-Drama Big Bet, yang akan disiarkan secara global di Disney+ Hotstar pada 21 Disember kelak.

Dibintangi oleh pelakon lagenda Choi Minsik (Old Boy, The Admiral: Roaring Currents, New World) dalam penampilan pertamanya dalam drama bersiri selepas 26 tahun sebagai watak bernama Cha Moosik, Big Bet mengisahkan watak Cha Moosik, seorang lelaki yang berjuang dari awal dan melalui masa sukarnya untuk menjadi tuan kasino di Filipina.

Kisah Cha Moosik berterusan dan dia sekali lagi berhadapan dengan musibah apabila disiasat sebagai sebahagian daripada kes pembunuhan. Dengan keazaman untuk berjuang, dia sanggup mempertaruhkan segala-galanya termasuk nyawa untuk kembali ke zaman kejayaannya di dunia kasino.

Big Bet turut dibintangi oleh Sohn Seokgu, seorang pelakon serba boleh yang sebelum ini membintangi ‘My Liberation Notes’, ‘Romance Without Love’, dan ‘D.P’. Dia juga baru-baru ini telah membuat debut pengarahannya menerusi ‘Unframed;. Selain itu, drama ini turut membariskan pelakon seperti Lee Donghwi, yang membawa kehadirannya yang lebih besar daripada kehidupannya menerusi ‘Extreme Job’, ‘New Year Blues’, ‘Method Acting’, dan drama terkenal serta popular secara global ‘Reply 1988’; dan Heo Sungtae, seorang pelakon yang telah menjadi kegemaran peminat sejak penampilannya dalam ‘Squid Game’, ‘Adamas’, dan ‘Hunt’.

Menerajui Big Bet ialah Kang Yoonseong, pemenang Pengarah Baharu Terbaik di Anugerah Seni Baeksang ke-54 dan Anugerah Seni Filem Chunsa ke-23. Dengan “The Outlaws“, filem box-office Korea yang mendapat pujian kerana dipenuhi dengan adegan aksi dan naratif yang menegangkan, serta mendapat tontonan lebih 6.88 juta penonton ketika ditayangkan di pawagam pada 2017, gaya pengarahan dan visi Kang yang hebat menjadikan Big Bet menjadi topik perbincangan hangat.

Nikmati Big Bet pada 21 Disember ini, secara eksklusif di Disney+ Hotstar. Sebelum itu, jom layan trailer drama Big Bet

loading...