[Berita @China] Meng Jia ‘Miss A’ menjalin hubungan cinta dengan anak orang kaya Singapura

Mengjia atau dikenali sebagai Jia oleh peminatnya di Korea, mengaku secara terbuka sedang menjalin hubungan cinta dengan anak orang kaya Singapura, yang juga bekas kekasih kepada Elva Hisao, semalam di laman instagramnya.

Jia membuka ruang ‘story’ dengan memaparkan gambar bersama lelaki tersebut dan memperkenalkannya di hadapan pengikut instagram-nya. Agensinya turut mengesahkan bahawa mereka memang sedang bercinta. Lelaki berkenaan yang tak dinamakan itu merupakan adik kepada Arissa Cheo, bekas bini kepada Vanness Wu, dengan kedua-duanya ialah anak kepada pemilik syarikat terkemuka di Singapura.

Jia sedang aktif melabuhkan sayapnya di dalam industri hiburan di China selepas kontraknya bersama JYP telah tamat pada tahun 2016. Beliau merupakan mantan ahli kumpulan Miss A yang turut dianggotai oleh Bae Suzy, Wang Feifei, dan Lee Min Young.

Sumber: weibo

loading...