[Edisi gula tertumpah] Gong Hyo Jin tulis lirik lagu romantis untuk album terbaru suami tercinta, Kevin Oh

Selepas bergelar suami kepada pelakon Gong Hyo Jin, Kevin Oh kini bersiap sedia kembali ke industri muzik Korea dengan album penuh terbarunya “Pieces of _.” Apa yang menarik lagu utama dalam album ini liriknya ditulis oleh isteri tersayang.

Pada 9 November, agensi Kevin Oh; T Cask Entertainment mengeluarkan klip pratonton album penuh pertamanya yang akan datang “Pieces of _.” Video lembut dan mengharukan itu mempratontonkan kesemua lapan lagu dalam album itu, termasuk lagu dua lagu utama “Dawn” dan “Pieces of You.”

Apa yang patut diberi perhatian ialah pada lagu “Dawn” yang digubah bersama oleh Kevin Oh, dengan lirik yang ditulis sepenuhnya oleh isteri tercinta, Gong Hyo Jin.

Selain itu, ‘Northside, 1995 (Northside, 1995)’, ‘The Moon and Stars’, ‘Let Go (duet. Suran)’, ‘Babo Song’, From ‘Dear Me, from Angel’ (surat kepada saya) ‘ dan ‘Pieces of You (English Ver.)’ berjaya memberikan pelbagai variasi muzik dari Kevin Oh.

Jom dengarkan pratonton album penuh di bawah!

Single “Dawn” akan diriliskan dahulu pada 12 November jam 6 petang KST, manakala album penuh “Pieces of _” akan dikeluarkan pada 15 November jam 6 petang KST.

 

Kevin Oh memenangi Musim 7 “Superstar K” Mnet dan juga bertanding di “Super Band” JTBC. Pasangan itu secara rasmi mengesahkan hubungan mereka pada April lalu, mengumumkan berita perkahwinan mereka pada musim panas, dan melangsungkan perkahwinan pada Oktober lepas secara tertutup di Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Gong Hyo Jin yang digelar Ratu Romcom itu sedang mengusahakan projek drama terbarunya bersama pelakon popular Lee Min Ho. Drama bertajuk “Ask The Stars” dikhabarkan akan ditayangkan pada tahun 2023.

Sumber : 1