Program hiburan penuh berinformasi yang diacarakan RM BTS dan Jang Hang Joon akan temui penonton Disember ini

Nampaknya, variety show yang dihoskan RM BTS akan temui penonton tidak lama lagi.

Selepas diumumkan bahawa RM akan muncul di “The Dictionary of Useless Human Knowledge” bersama pengarah filem Jang Hang Joon sebagai MC, tvN kini telah membuat pengumuman rasmi menyatakan bahawa episod pertama akan disiarkan pada 2 Disember.

Program tersebut merupakan kesinambungan daripada program “The Dictionary of Useless Miscellaneous Crime Knowledge” yang mendapat rating tontonan tinggi. “The Dictionary Of Useless Human Knowledge” adalah sebuah perjalanan yang membincangkan tentang manusia di dunia dari pelbagai perspektif supaya seseorang itu boleh mencari sisi baharu kepada dirinya.

Di samping dua MC tersebut, empat lagi tokoh terkenal akan meningkatkan keterujaan penonton untuk menjadikan program ini lebih menarik. Mereka adalah novelis Kim Young Ha, profesor Kim Sang Wook dan Lee Ho, dan Dr. Shim Chae Kyung. Mereka akan menyumbangkan ilmu dan kepakaran masing-masing dalam bidang sastera, fizik forensik, dan astronomi sekaligus mempersembahkan daya tarikan unik mereka kepada topik yang akan dibincangkan.

Seiring dengan pengumuman tarikh tayangan, tvN turut mengeluarkan poster “The Dictionary of Useless Human Knowledge.” Mewakili semua lapisan masyarakat dan pelbagai kategori ilmu, keserasian antara enam orang ini lebih jelas dan mesra, dan penonton pasti teruja dengan prospek yang akan datang.

Teaser pendek memperkenalkan enam ahli program itu juga turut dikeluarkan. Lihat teaser di bawah!

“The Dictionary of Useless Human Knowledge” akan ditayangkan pada 2 Disember jam 8:50 malam KST menerusi tvN.

Sumber : 1https://www.spotvnews.co.kr/news/articleView.html?idxno=562461

loading...