Tiga tahun selepas bertapak dalam industri muzik Korea, BVNDIT umum pembubaran kumpulan.
Pada 11 November, agensi BVNDIT; MNH Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pembubaran kumpulan itu dan memaklumkan bahawa kontrak ahli telah tamat pada bulan Oktober.
Hello. Ini MNH Entertainment.
Pertama, kami mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menghargai dan menyokong BVNDIT.
Selepas perbincangan mendalam dengan ahli BVNDIT, kami memutuskan untuk menamatkan kontrak eksklusif BVNDIT pada akhir Oktober.
Setiap ahli kumpulan telah memutuskan untuk menyokong permulaan baharu masing-masing, dan kami juga menyokong masa depan mereka.
Sekali lagi, kami mengucapkan terima kasih atas sokongan hebat yang anda berikan selama ini dan dengan tulus ikhlas kami memohon maaf kerana menyampaikan berita mengejut kepada peminat yang menghargai BVNDIT.
Pada masa hadapan juga, kami harap anda semua teruskan menyokong dan beri galakkan kepada semua ahli BVNDIT di atas permulaan baharu mereka.
Terima kasih.
BVNDIT membuat penampilan sulung mereka sebagai kumpulan wanita dengan lima ahli pada April 2019 menerusi album single sulung mereka “BVNDIT, Be Ambitious!” dan lagu utama “Hocus Pocus.” Sebagai kumpulan gadis pertama di bawah MNH Entertainment, BVNDIT biasanya dikenali sebagai “kumpulan adik perempuan Chungha.” Kumpulan itu meraikan ulang tahun ketiga mereka pada April lalu dan pada bulan berikutnya, BVNDIT membuat kemunculan semula pertama mereka dalam tempoh hampir dua tahun dengan “Re-Original.”
Kami ucapkan Selamat maju jaya buat kesemua ahli kumpulan BVNDIT.