[GEMPAR] Bang Ye Dam dan Mashiho tinggalkan TREASURE

YG Entertainment secara rasmi mengumumkan pemergian Bang Ye Dam dan Mashiho daripada kumpulan  TREASURE.

Pada 8 November, agensi itu mendedahkan,

Helo, ini YG Entertainment.

Pertama, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada TREASURE MAKER atas kasih sayang yang telah mereka tunjukkan kepada TREASURE, dan kedua, kami ingin memberitahu anda mengenai rancangan promosi TREASURE pada masa hadapan.

Mulai hari ini, TREASURE akan berkumpul semula sebagai 10 ahli dengan Hyunsuk, Jihoon, Yoshi, Junkyu, Jaehyuk, Asahi, Doyoung, Haruto, Jeongwoo dan Junghwan. Selepas perbincangan yang panjang dan serius, Mashiho dan Bang Ye Dam telah memutuskan untuk menamatkan kontrak eksklusif mereka.

Mashiho memerlukan masa pemulihan yang mencukupi kerana keadaan kesihatannya, dan dalam kes Bang Ye Dam, keputusan ini telah dicapai untuk memberikannya persekitaran yang sesuai untuknya berkembang sebagai produser dengan ciri-ciri tersendiri dan unik.

Kami sedar bahawa ramai peminat ingin melihat Mashiho dan Bang Ye Dam kembali mengikuti aktiviti promosi, dan kerana kedua-dua ahli ini bersama TREASURE semasa permulaan kumpulan, kami juga berasa kesal. Walau bagaimanapun, kami meminta anda semua memberikan dorongan dan sokongan kepada Mashiho dan Bang Ye Dam, kerana perkara ini mungkin merupakan keputusan yang paling sukar untuk mereka berdua.

YG Entertainment akan terus berkomunikasi secara aktif dengan TREASURE MAKERS dan melakukan yang terbaik untuk menyokong aktiviti TREASURE.

Terima kasih.

Mashiho dan Bang Ye Dam telah berehat daripada aktiviti TREASURE sejak Mei tahun ini. Kini, kira-kira 6 bulan kemudian, kedua-duanya telah mengesahkan pemergian mereka daripada kumpulan itu.

Sementara itu, TREASURE akan mengadakan konsert solo mereka ‘Hello in Seoul’ hujung bulan ini dari 12-13 November.

Kami ucapkan selamat maju jaya buat Bang Ye Dan dan Mashiho.

loading...