So Ju Yeon dan Kim Min Jae akan kembali untuk “Dr. Romantic 3”

Pasangan ‘on screen’ So Ju Yeon dan Kim Min Jae kesukaan ramai akan kembali untuk musim ketiga drama SBS ‘Dr. Romantic’. Keduanya sekali lagi akan menyapa penonton setia drama itu sebagai Yoon Ah Reum dan Park Eun Tak.

Pada 5 November, agensi Kim Min Jae, Nyam Nyam Entertainment mengesahkan bahawa pelakon itu akan kembali untuk musim ketiga drama hit itu. Agensi itu mengumumkan, “Kim Min Jae bersedia untuk muncul dalam drama SBS ‘Dr. Romantic 3,’ yang dijadualkan disiarkan pada separuh pertama tahun depan.”

“Kim Min Jae membesar bersama-sama dengan ‘Dr. Romantic,’” sambung agensi itu. “Dia seorang pelakon yang percaya aliran cerita adalah penting, dan dia tidak meletakkan kepentingan sama ada watak itu adalah peranan utama atau watak sokongan.”

Sementara itu pada 4 November, agensi So Ju Yeon juga secara rasmi mengesahkan, “Selepas menerima banyak cinta daripada penonton dalam ‘Dr. Romantic 2,’ dia akan kembali membintangi drama itu untuk musim yang terbaru.

“Dr. Romantic” menggambarkan kisah doktor yang ikhlas bekerja di sebuah hospital yang terletak di luar bandar. Dalam “Dr. Romantic 3,” Kim Min Jae akan memainkan semula wataknya sebagai Park Eun Tak, seorang jururawat yang mempunyai rasa tanggungjawab yang kuat dan kepercayaan teguh terhadap keadilan. So Ju Yeon pula akan memainkan semula wataknya sebagai doktor Yoon Ah Reum yang ceria dan disayangi, yang mana keserasiannya dengan Park Eun Tak mencuri hati penonton dalam Musim 2.

Kini beberapa pelakon dari “Dr. Romantic 2′ seperti Han Suk Kyu, Ahn Hyo Seop, Lee Sung Kyung, Byun Woo Min, Jung Ji Ahn, dan So Ju Yeon telah menyatakan persetujuan untuk kembali membintangi musim terbaru. semuanya telah disahkan akan kembali juga—bermakna pasangan Eun Tak-Ah Reum yang sangat disayangi akan kembali untuk musim yang akan datang.

Nampak gayanya, penonton boleh menantikan kepulangan beberapa lagi pelakon daripada musim 2 termasuk Lim Won Hee, Jin Kyung, Byun Woo Min, Kim Joo Heon dan ramai lagi apabila ‘Dr. Romantic’ kembali dengan musim 3, pada awal tahun 2023.

Sumber : 1 | 2

loading...