Kim Hyun Joong dan isteri selamat terima kehadiran ‘baby boy’

Kim Hyun Joong dan isteri kini bergelar ayah dan ibu secara rasmi.

Menurut laporan media pada 29 Oktober, isteri penyanyi dan pelakon Kim Hyun Joong selamat melahirkan bayi lelaki yang sihat pada hari ini.

Terdahulu, Kim Hyun Joong secara peribadi menyampaikan berita perkahwinannya dengan isteri bukan selebriti pada Februari tahun ini. Didedahkan bahawa pasangan itu memutuskan untuk tidak mengadakan majlis perkahwinan, tapi sebaliknya mendaftarkan perkahwinan mereka secara tertutup. Pada bulan Julai, agensi Kim Hyun Joong mengesahkan bahawa isteri bintang itu sedang menantikan kehadiran anak pertama pasangan itu.

Buat pengetahuan, Kim Hyun Joong memulakan kerjaya sebagai ahli SS501 pada tahun 2005.

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini!

loading...