Drama “Island” lakonan Kim Nam Gil, Lee Da Hee, Cha Eun Woo, dan Sung Joon akan tayang Disember depan

Siri asal TVING “Island” akhirnya mengumumkan tayangan perdananya pada Disember depan.

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, “Island” ialah drama eksorsisme/ritual fantasi yang berlaku di Pulau Jeju. Ia menggambarkan perjalanan sedih dan pelik watak-watak yang ditakdirkan untuk melawan kejahatan yang cuba memusnahkan dunia. Siri ini juga akan menyentuh tentang lagenda dan cerita rakyat destinasi pelancongan terkenal, di mana penonton boleh menikmati keindahan alam semula jadinya.

Pada 6 Oktober, telah diumumkan bahawa “Island” akan ditayangkan pada bulan Disember menerusi TVING dan Prime Video untuk tontonan global. Drama yang dibintangi oleh Kim Nam Gil, Lee Da Hee, Cha Eun Woo ASTRO, dan Sung Joon ini akan mendapat sentuhan daripada Sutradara Bae Jong yang pernah mengarahkan “Welcome to Dongmakgol” dan “Fabricated City”.

Kim Nam Gil akan melakonkan watak Pan, watak tragis yang berhadapan dengan kejahatan sebagai persediaan menghadapi akhir dunia tetapi tidak dapat bersama dengan manusia. Lee Da Hee akan memegang watak chaebol generasi ketiga dan seorang guru bernama Won Mi Ho. Tanpa menyedari nasibnya, Won Mi Ho tanpa rela memulakan tempoh muhasabah diri di Pulau Jeju.

Cha Eun Woo akan berubah menjadi pengusir setan dan paderi Katolik bernama John yang mempunyai panggilan mulia untuk melindungi nyawa dan membersihkan kejahatan. Walau bagaimanapun, dia juga seorang tokoh yang menyimpan masa lalu yang mengerikan dan gelap. Sung Joon akan memegang watak Goong Tan, yang dibesarkan untuk membanteras kejahatan bersama Pan. Walau bagaimanapun, selepas satu peristiwa , Goong Tan mula menentang Pan, menambah kelainan dan ketegangan serta plot twist pada cerita itu.

Sumber : mydaily | mk.co

loading...