Drama romantik terbaru JTBC akan dibintangi oleh Yoo Yeon Seok, Moon Ga Young, Geum Sae Rok, dan Jung Ga Ram

Pada 6 Oktober, pelakon Yoo Yeon Seok, Moon Ga Young, Geum Sae Rok, dan Jung Ga Ram telahpun menyatakan persetujuan mereka untuk membintangi drama terbaru JTBC, “Understanding of Love”.

“Understanding of Love (tajuk literal) adalah sebuah drama romantik yang berdasarkan novel dengan tajuk yang sama karya Lee Hyuk Jin.

Drama ini mengisahkan tentang empat individu yang berbeza personaliti bertemu antara satu sama lain di KCU Bank cawangan Yeongpo dan mula memahami erti cinta yang sebenar.

Yoo Yeon Seok akan melakonkan watak Ha Sang Soo, ketua kanan pasukan perunding yang kacak, peramah dan bijak di KCU Bank cawangan Yeongpo. Beliau merupakan pekerja terkemuka dan popular di pusat latihan Bank KCU yang menjadi punca iri hati ramai.

Ha Sang Soo mengimpikan untuk menjalani kehidupan normal. Dia percaya kehidupan yang stabil dan lancar adalah kunci kebahagiaan, walaupun pada hakikatnya kehidupan Sang-soo berantakan apabila dia jatuh cinta.

Sementara itu, Moon Ga Young akan memainkan watak Ahn Soo Young, seorang ketua juruwang selama empat tahun. Mempunyai wajah yang cantik dan suara yang lembut, Ahn Soo Young digelar dewi cawangan Yeongpo.

Dia sentiasa menyibukkan diri untuk mengekalkan kerjayanya kerana dia membesar dalam keadaan yang sukar. Soo Young kemudiannya berhadapan dengan situasi yang sukar apabila dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya.

Geum Sae Rok memainkan watak seorang wanita dari keluarga kaya bernama Park Mi Kyung. Dia sentiasa menggunakan segala cara jika dia mempunyai keinginan untuk sesuatu, termasuk cinta.

Jung Ga Ram melakonkan watak seorang lelaki yang sedang bersedia untuk menjadi pegawai polis bernama Jung Jong-hyun. Sebagai seorang yang rajin dan disayangi ramai, Jong Hyun perlu membuat keputusan penting apabila berhadapan dengan realiti yang pahit.

“Understanding of Love” diarahkan oleh pengarah Jo Young-min yang sebelum ini pernah mengarahkan “Do You Like Brahms?” (2020) dan “Everything and Nothing” (2019). Sementara itu, lakon layar pula ditulis oleh Lee Hyun-jung dan Lee Seo-hyun.

Menurut perkongsian pihak produksi drama ini akan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton kerana ia menggambarkan kisah empat lelaki dan wanita yang berbeza latar belakang dan personaliti yang terjerat cinta.

“Understanding of Love” akan ditayangkan pada akhir tahun ini melalui rangkaian JTBC.

Sumber : sports.donga | chosun | yna

loading...