Pelakon Lee Jae Yoon umum akan kahwini kekasih bukan selebritinya

Lee Jae Yoon nampaknya akan mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi. Pelakon itu akan berkahwin dengan wanita yang bukan dari kalangan artis pada November depan.

Lee Jae Yoon menyampaikan berita gembira ini kepada peminatnya menerusi laman fan cafe.

Menurut Lee Jae Yoon kedatangannya ke fan cafe sekali-sekala, mengingatkannya pada masa lalu. Peminatnya kini bertambah besar bilangannya dan mereka telah berkongsi suka duka bersama bertahun lamanya. Jadi, dia sentiasa bersyukur ada peminat yang masih terus menyokongnya.

“Saya ada berita baik, jadi saya di sini untuk menyampaikannya. Kerana ini bukan tulisan tangan dan tulisan tangan saya tidak begitu bagus, saya tertanya-tanya sama ada ini menampakkan rasa kurang hormat dan keikhlasan,” kata Lee Jae Young.

“Saya akan berkahwin dengan orang yang saya cintai tidak lama lagi. Selepas menunggu sekian lama, saya hanya mahu memberitahu anda dengan tenang pada masa yang sesuai, tetapi satu artikel berita telah keluar dahulu,” sambungnya.

Memandangkan bakal isterinya bukan dari kalangan selebriti, Lee Jae Young berazam untuk menjaga privasinya. Sehingga kini, dia tidak akan memberikan banyak maklumat berkaitan kekasihnya itu.

Selain itu, pelakon kelahiran 1984 itu mengakui sangat gembira dan tidak sabar untuk membina rumah tangga bersama orang yang paling disayangi.

Lee Jae Yoon tidak lupa memohon restu, doa dan sokongan daripada peminat untuk perkahwinannya.

“Saya akan lebih gembira pada masa hadapan. Saya harap semua orang juga boleh gembira! Terima kasih,” akhirinya.

Sementara itu, Lee Jae Yoon ialah telah memulakan karier lakonannya pada tahun 2008. Antara drama yang pernah dibintanginya termasuk ‘King of Ambition”, “Heartless City”, “Another Oh Hae Young”, “Weightlifting Fairy Kim Bok Joo”, “Alice”, dan banyak lagi. Dalam pada itu, pelakon ini juga muncul dalam filem seperti “Venus Talk,” “The Bad Guys: Reign of Chaos,” dan “Special Agent.” Terdahulu media mendedahkan bahawa Lee Jae Yoon baru-baru ini telah meninggalkan agensi terdahulunya iaitu Big Ocean ENM.

Apapun, tahniah diucapkan buat Lee Jae Yoon dan kekasih hati.

Sumber : 1 | 2 | 3

loading...