Nantikan 9 drama Korea terbaru yang bersiaran sepanjang September ini

Annyeong, chinguyaa~~ Pejam celik-pejam celik dah hampiri bulan September. How time flies so fast. As usual, setiap bulan kami akan update korang dengan drama Korea terbaru untuk hiburan serta tontonan korang.

Well, sepanjang September ini, ada 9 lagi drama Korea terbaru menanti untuk tontonan korang. So, let’s check it out the list.

1. Little Women

  • Tarikh Tayangan: 3 September 2022
  • Penyiar: tvN, Netflix
  • Barisan Pelakon: Kim Go-eun, Nam Ji-hyun, Park Ji-hoo, Wi Ha-joon, Uhm Ki Joon

“Little Women” mengisahkan tentang tiga beradik perempuan yang mempunyai ikatan rapat yang dibesarkan dalam kemiskinan. Drama ini mengikuti kisah menarik adik-beradik itu ketika mereka terlibat dalam insiden besar dan berhadapan dengan keluarga paling berpengaruh di negara ini.

Kim Go Eun memainkan watak kakak sulung, Oh In Joo, yang ingin melindungi keluarganya dengan wang. Nam Ji Hyun memegang watak sebagai kakak kedua, Oh In Kyung, seorang wartawan berita yang tidak mahu tunduk kepada wang dan berhasrat untuk sentiasa melakukan perkara yang betul. Park Ji Hu pula sebagai Oh In Hye, anak bongsu yang terharu dengan kasih sayang kakak-kakaknya yang bekerja keras untuknya. Wi Ha Joon akan melakonkan watak Choi Do Il, seorang perunding berkebolehan yang lulus dari universiti berprestij di United Kingdom.

Manakala Uhm Ki Joon akan memainkan watak Park Jae Sang, seorang ahli politik baru yang akan berkait dengan insiden besar yang akan melibatkan tiga beradik itu dan peranannya akan menimbulkan ketegangan.

2. The Law Cafe

  • Tarikh Tayangan: 5 September 2022
  • Penyiar: KBS, Viu
  • Barisan Pelakon: Lee Seung-gi and Lee Se-young, Kim Seul Gi

Berdasarkan novel web popular dengan nama yang sama oleh penulis Noh Seung Ah, “Love by Law” atau “The Law Cafe” ialah drama percintaan undang-undang yang berlangsung di Law Café, yang merupakan firma guaman dan kafe. Drama ini mengisahkan tentang seorang tuan tanah, yang merupakan bekas pendakwaraya yang pernah dikenali sebagai “raksasa genius,” dan seorang peguam yang mengendalikan kafe itu.

Lee Seung Gi akan memainkan watak bekas pendakwa raya dan kini sebagai tuan tanah / pemilik bangunan bernama Kim Jung Ho. Dia telah mengenali Kim Yu Ri selama 17 tahun dan menyimpan perasaan terhadapnya. Walaupun dia berkarisma, dia juga mempunyai sisi murni dalam keperibadiannya.

Sementara itu, Lee Se Young akan memegang watak sebagai penguam Kim Yu Ri yang cantik dan eccentric. Dia mempunyai keperibadian seperti api, yang sama sekali tidak mampu menahan ketidakadilan.’ Dia pernah bekerja di firma guaman terkemuka, tetapi dia tiba-tiba meninggalkan pekerjaannya dan membuka kafe.

Drama ini akan menggambarkan apa yang berlaku apabila dia mendapat tahu bahawa pemilik bangunan itu adalah rakan sekolah menengahnya, Kim Jung Ho.

3. Narco-Saints

  • Tarikh Tayangan: 9 September 2022
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Ha Jung Woo, Hwang Jung Min, Park Hae Soo, Jo Woo Jin, Yoo Yeon Seok

Siri Original Netflix ini mengisahkan seorang ahli perniagaan awam yang kemudiannya akan membantu operasi rahsia Perkhidmatan Perisikan Negara untuk menangkap seorang raja dadah yang beroperasi di Suriname, sebuah negara di Amerika Selatan.

Ha Jung Woo memegang watak sebagai Kang In Gu, seorang ahli perniagaan yang pergi ke Suriname dengan harapan bertuah, tetapi akhirnya terlibat dalam operasi penyeludupan dadah selepas meletakkan kepercayaannya kepada seorang “pendeta Korea” bernama Jeon Yo Hwan (Hwang Jung-min) , yang sebenarnya adalah raja dadah yang mempunyai kuasa luar biasa yang mengawal perdagangan dadah di negara ini.

Nasib baik dia diselamatkan oleh Choi Chang Ho (Park Hae Soo), ejen Perkhidmatan Pintar Negara, dan kemudian direkrut ke dalam misi rahsia kerajaan untuk menangkap pengedar dadah.

Drama ini akan mempersembahkan jalan cerita yang unik dan menarik dengan genre aksi, thriller dan jenayah. Malangnya, tidak semua kumpulan umur boleh menonton drama ini, kerana Narco Saints amerupakan konten dengan rating 18+.

4. Mental Coach Je Gal Gil

  • Tarikh Tayangan: 13 September 2022
  • Penyiar: tvN Asia Astro Ch 395 & Astro Go dan Unifi TV, Viu Malaysia
  • Waktu Tayangan : Setiap Selasa – Rabu, 9.15 PM MYT
  • Barisan Pelakon: Jung Woo, Lee Yoo Mi, Kwon Yool, Park Se Young

“Mental Coach Je Ga Gil” ialah drama bertemakan sukan yang mengisahkan kehidupan bekas atlet negara yang terpaksa berhenti menjadi atlet kerana skandal.

Beliau turut bertukar profesion menjadi jurulatih mental kepada atlet yang kini malap, termasuk beberapa bekas atlet profesional supaya mereka mahu bangkit dan meneruskan impian.

Jung Woo akan memegang watak sebagai jurulatih mental bernama Je Gal Gil. Dia merupakan bekas atlet taekwondo negara yang terkenal dengan perwatakan yang tidak mudah mengalah dan pesona comel. Je Gal Gil terpaksa diusir dari Pelatnas selepas menyebabkan kemalangan maut di kawasan asrama Pelatnas. Selepas bergelut untuk memulihkan kesihatan mentalnya yang tidak teratur, Je Gal Gil kembali ke Pelatnas kali ini untuk menjadi jurulatih mental.

Lee Yo Mi pula sebagai Cha Ga Eul, seorang atlet yang pernah memenangi pingat emas dalam sukan luncur ais, yang kerjayanya kini mula merosot. Kerana malu dan kecewa dengan dirinya, Cha Ga Eul memilih untuk menyembunyikan kesedihannya sehinggalah akhirnya dia bertemu dengan Je Gal Gil yang sedia membantunya.

Kwon Yool akan memainkan peranan sebagai Gu Tae Min, pengarah Pusat Hak Asasi Manusia di Komite Olimpiade Korea. Dia juga merupakan bekas pemenang pingat emas Olimpik dari sukan Taekwondo yang mempunyai keazaman yang kuat untuk berkuasa. Walaupun terpaksa melalui jalan berbatu, Gu Tae Min tidak pernah pesimis dan sanggup melakukan apa sahaja walaupun kedengaran mengerikan.

Sementara itu, Park Se Young akan memegang watak sebagai doktor bernama Par Seung Ha, yang merupakan ahli pasukan kesihatan mental untuk Pasukan Latihan Kebangsaan. Perwatakannya digambarkan sebagai seorang wanita sempurna selain memiliki wajah yang cantik, hati dan tingkah lakunya juga sangat manis.

5. Blind

  • Tarikh Tayangan: 17 September 2022
  • Penyiar: tvN, Viu Malaysia, K-Plus Astro Ch 396 & Astro Go (Setiap Sabtu & Ahad, 9.15PM MYT)
  • Barisan Pelakon: Ok Taec Yeon, Ha Seok Jin, Jung Eun Ji

“Blind” adalah sebuah drama thriller misteri yang mengisahkan orang-orang yang secara tidak adil menjadi korban kerana mereka adalah orang biasa, sementara pelaku telah menutup mata terhadap kebenaran. Cerita berpusat di sekitar detektif, hakim, pelajar sekolah undang-undang dan juri.

Taecyeon 2PM akan memainkan watak Ryu Sung Joon, seorang detektif jenayah ganas yang taksub menangkap penjenayah. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi hajat baiknya, seperti menyamar.
Kerana keazamannya, kadar tangkapannya adalah antara yang tertinggi dan kerana motivasinya yang keterlaluan, dia kadangkala disalah anggap sebagai samseng.

Ha Seok Jin memegang watak sebagai abang kepada Ryu Sung Joon, Ryu Sung Hoon. Dia juga seorang genius yang lulus dengan markah tertinggi dalam kelasnya dan menjadi hakim perfectionist. Dia seorang yang berterus terang dan sentiasa melakukan yang terbaik untuk membuat pertimbangan yang adil.

Jung Eun Ji Apink memegang watak sebagai pekerja sosial Jo Eun Ki. Selepas mengatasi semua jenis kesusahan, Jo Eun Ki menjadi pekerja sosial untuk membantu sekurang-kurangnya seorang lagi anak. Dikatakan, beliau seorang yang pemurah dan berfikiran luas walaupun usianya masih muda.

6. Love In Contract

 

  • Tarikh Tayangan: 21 September 2022
  • Penyiar: tvN
  • Barisan Pelakon: Park Min Young, Go Kyung Pyo, Kim Jae Young, Jin Kyung

“Love in Contract” akan mengisahkan tentang perkhidmatan yang menyediakan isteri palsu untuk lelaki bujang yang akan pergi ke pelbagai majlis yang memerlukan pasangan seperti majlis perkahwinan hingga ke perjumpaan sekolah. Cerita ini memfokuskan kepada Choi Sang Eun (Park Min Young), seorang pakar perkahwinan kontrak yang terlibat dalam cinta segi tiga dengan Jung Ji Ho (Go Kyung Pyo) dan Kang Hae Jin (Kim Jae Young). Ini kerana Jung Ji Ho mempunyai kontrak eksklusif jangka panjang untuk hari Isnin, Rabu dan Jumaat, dan Kang Hae Jin, yang menandatangani kontrak baharu untuk hari Selasa, Khamis dan hari sabtu dengan Chou Sang Eun.

Park Min Young membawakan karakter sebagai Choi Sang Eun, “tuan perkahwinan” yang cantik, berkemahiran dan berkarisma. Dia sangat kagum dengan betapa cepatnya dia boleh menukar auranya bergantung pada keperluan pelanggannya. Go Kyung Pyo membawakan watak Jung Ji Ho yang secara tidak sengaja menyebabkan kemalangan dalam situasi di sekelilingnya. Dia seorang yang misteri dan apabila dia bertemu Choi Sung Eun, dia bertanggungjawab ke atasnya pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Kim Jae Young memainkan watak superstar selebriti comel dan seperti anak anjing Kang Hae Jin yang bekerja dengan Choi Sang Eun pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu

7. Golden Spoon

  • Tarikh Tayangan: 23 September 2022
  • Penyiar: MBC,
  • Tayangan : Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: Yook Sung Jae, Lee Jong Won, Jung Chae Yeon, Yeon Woo

“Golden Spoon” (terjemahan literal) adalah berdasarkan webtoon dengan nama yang sama dan menceritakan kisah tentang seorang kanak-kanak yang dilahirkan dari keluarga miskin yang menggunakan sudu emas misteri untuk menukar nasib dengan rakan yang dilahirkan dari keluarga kaya.

Yook Sungjae membawakan watak sebagai Lee Seung Chun, seorang pelajar yang bermimpi untuk mengubah hidupnya dengan sudu emas. Lee Jong Won memainkan watak Hwang Tae Yong yang akhirnya bertukar nasib dengan rakannya, Lee Seung Chun di atas kehendaknya.

Jung Chaeyeon DIA akan memainkan watak Na Joo Hee, seorang anak perempuan daripada keluarga kaya yang cintakan keadilan. Manakala, Yeonwoo sebagai Oh Yeo Jin, seseorang daripada keluarga kaya dengan personaliti yang cantik dan berani.

8. One Dollar Lawyer

  • Tarikh Tayangan: 23 September 2022
  • Penyiar: SBS, Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: Namgoong Min, Kim Ji Eun, Choi Dae Hoon, Lee Duk Hwa, Park Jin Woo

“One Dollar Lawyer” ialah drama perundangan baharu SBS tentang seorang peguam yang suka membuat onar bernama Cheon Ji Hoon. Dia seorang peguam yang sangat mahir, tetapi hanya mengenakan 1,000 won atau kira-kira 0.78 USD sebagai yuran peguamnya. Kisah Cheon Ji Hoon melawan peguam termahal dan anak guam mereka yang kaya serta cuba mengelak daripada undang-undang akan menjadi kemuncak drama ini.

Namgoong Min akan melakonkan watak hero undang-undang, Cheon Ji Hoon yang mengenakan kos paling efektif. Orang yang bertemu dengannya boleh membayar perkhidmatannya dengan hanya 1,000 won.

Dia mempunyai rambut yang sedikit kerinting dan gayanya meninggalkan kesan yang kuat sebagai pemberontak dalam kalangan pengamal undang-undang. Cheon Ji Hoon mempunyai pembantu setia bernama Sa Moo Jang (Park Jin Woo).

9. Three Siblings Bravely

  • Tarikh Tayangan: 24 September 2022
  • Penyiar: KBS2
  • Barisan Pelakon: Lee Ha Na, Im Joo Hwan

“Three Siblings Bravely” mengisahkan Kim Tae Joo (Lee Ha Na) yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Dia mempunyai hati yang hangat, namun, dia juga mudah marah.

Kim Tae Joo tidak mahu dikaitkan dengan orang yang dia tidak suka. Tetapi suatu hari dia bertemu semula dengan Lee Sang-Joon (Im Ju-Hwan) selepas bertahun lamanya. Mereka berdua berkawan ketika di sekolah rendah.

Lee Sang-Joon sendiri kini telah menjadi pelakon popular. Dia sememangnya seorang yang bijak dan mempunyai daya imaginasi yang luar biasa. tetapi agak sensitif. Lee Sang Joon adalah abang sulung yang sangat disayangi keluarganya.

Pada suatu hari ketika dia terpaksa ke hospital kerana cedera ketika menjalani penggambaran, Lee Sang Joon bertemu cinta pertamanya semasa kecil, Kim Tae Joo.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys!