Kerana bukti blackbox ini, suami Han Ji Sung disyaki berbohong & menyebabkan mangsa dirempuh kereta

Selepas disahkan Han Ji Sung atau Seo Yi (B Dolls) ialah mangsa kemalangan jalan raya semalam, hangat perdebatan di ruang media sosial apabila bukti ‘blackbox’ dipaparkan oleh media untuk tontotan orang ramai menunjukkan kejadian sebaliknya.

Han Ji Sung meninggal dunia selepas dilanggar oleh teksi dari arah belakang sejurus dia keluar daripada kereta yang dinaiki bersama suaminya yang berhenti di tengah-tengah lorong Lebuhraya Lapangan Terbangan Incheon, berdasarkan bukti blackbox yang dipaparkan.

Netizen mendakwa suami mangsa berbohong apabila memberikan keterangan yang tak munasabah di hadapan pihak polis. Dia dilaporkan berkata, “Saya mahu cepat-cepat pergi ke tandas, maka saya pun berhentilah tengah jalan. Saya lari terus ke semak-samun berdekatan sebelum dikejutkan dengan kemalangan yang berlaku.” Suami mangsa juga tak tahu sebab kenapa Han Ji Sung meluru keluar dari kereta.

Bukti blackbox yang dikeluarkan secara eksklusif oleh media YTN pula menunjukkan Han Ji Sung keluar dulu sebelum suaminya menyusul sekitar sepuluh saat kemudian. Hasilnya, netizen mendapati suaminya berbohong kerana agak mustahil untuk menyatakan suaminya tak menyedari bahawa Han Ji Sung akan dirempuh oleh teksi yang meluru ke arahnya. Perdebatan seterusnya membawa kepada spekulasi menunjukkan mereka bertengkar di dalam kereta sebelum Han Ji Sung bertindak keluar sebaik saja keretanya diberhentikan.

Peguam Son Soo Hoo yang diminta mengulas tentang kejadian malang tersebut di dalam radio CBS pada pagi tadi turut bersetuju agak mustahil untuk suaminya tak menyedari Han Ji Sung akan menerpa keluar dan membiarkannya dirempuh dalam tempoh waktu dia mampu bertindak cepat. Juga, peguam itu mempersoalkan kenapa suami mangsa menghentikan keretanya di tengah jalan semata-mata untuk membuang air kecil . “Pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikan ,” kata peguam itu.

Han Ji Sung baru saja berkahwin pada dua bulan yang lalu. Kali terakhir Han Ji Sung mengemaskini laman instagram-nya adalah pada 24 Februari lepas.

Sumber : donga

loading...