Musim pertama “Master In The House” bakal berakhir pada September depan

Salah satu program terkenal Korea Selatan iaitu ‘Master In The House’ atau “All the Butlers” dilaporkan akan menamatkan musim pertamanya dan umum berehat seketika sebelum kembali dengan musim 2.

Pada 12 Ogos, pasukan produksi rancangan pelbagai itu mengumumkan, “‘Master in the House’ akan berehat sebentar. Kami merancang untuk kembali dengan Musim 2 selepas menyusun semula [pertunjukan].”

“Master in the House,” yang mula disiarkan pada 31 Disember 2017, menampilkan pertemuan pelakon dengan “master” dari pelbagai bidang untuk belajar daripada mereka. Mereka akan menghabiskan dua hari satu malam dengan ‘master’ ini. Program ini telah mengalami beberapa perubahan pada barisannya, yang kini terdiri daripada Lee Seung Gi, Yang Se Hyung, Kim Dong Hyun, Eun Ji Won SECHSKIES, dan Doyoung NCT—yang baru saja sertai rancangan itu sebagai ahli tetap bulan lepas.

Program ini telah mengalami beberapa perubahan pada barisannya, yang kini terdiri daripada Lee Seung Gi, Yang Se Hyung, Kim Dong Hyun, Eun Ji Won SECHSKIES, dan Doyoung NCT—yang hanya menyertai rancangan itu sebagai ahli tetap bulan lepas.

Sehingga 7 Ogos 2022, “Master In The House” telah bersiaran sebanyak 232 episod. Musim 1 “Master in the House” akan berakhir pada bulan September. “Master In The House” juga tersedia di platform Viu Malaysia untuk tontonan anda.

Sumber : tvdaily

loading...