Pelakon ‘Love in the Moonlight’, ‘Itaewon Class’ dan ‘The Sound of Magic’ tersenyum gembira dalam poster terbaru rancangan TVING ‘Youth MT’

Rancangan hiburan akan datang TVING “Youth MT” telah meriliskan poster pertamanya!

“Youth MT” ialah sebuah ‘variety show’ atau rancangan pelbagai TVING baharu yang menampilkan barisan pelakon “Love in the Moonlight,” “Itaewon Class,” dan “The Sound of Magic,” yang kesemuanya merupakan drama yang diarahkan oleh pengarah penerbitan (PD) Kim Sung Yoon. “MT” bermaksud “latihan keahlian” dan merujuk kepada aktiviti berkumpul beramai-ramai, bermain permainan dan meluangkan masa untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Poster itu menunjukkan barisan pelakon 3 drama duduk sebaris. Pertama, pelakon “Love in the Moonlight”, termasuk Park Bo Gum, Kim Yoo Jung, Jinyoung, Chae Soo Bin dan Kwak Dong Yeon, menduduki barisan hadapan dalam teaser poster gaya foto kumpulan klasik ini.

Seterusnya, pelakon “Itaewon Class” seperti Park Seo Joon, Ahn Bo Hyun, Kwon Nara, Ryu Kyung Soo, dan Lee Joo Young duduk di barisan kedua. Akhir sekali, pelakon siri Netflix “The Sound of Magic” termasuk Ji Chang Wook, Choi Sung Eun, Hwang In Yeob, Ji Hye Won, dan Kim Bo Yoon mengambil baris ketiga.

Perasaan menyegarkan dirasai dalam senyuman para pelakon yang duduk di atas rumput hijau dan bergambar dengan pakaian musim bunga yang selesa dengan pelbagai personaliti. Terlihat juga mereka telah bersedia untuk berseronok dan bermain!

Khabarnya, semasa penggambaran, ia dijalankan dalam suasana yang sangat mesra. Pasukan “Love in the Moonlight” menunjukkan keserasian yang manis, seperti sekumpulan kawan. Sementara itu, pasukan “Itaewon Class” dikatakan telah begitu bersemangat, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif ‘Danbam’ mereka, Park Seo Joon. Seterusnya, pasukan “The Sound of Magic” menunjukkan penampilan yang begitu mesra seperti anak itik kecil mengikut senior mereka, Ji Chang Wook!

Rancangan pelbagai itu akan menampilkan penyatuan semula pelakon drama itu tetapi juga meneroka jenis kimia baharu antara pelakon daripada drama berbeza.

Seronok untuk melihat bagaimana para pelakon, yang bimbang tentang rasa malu mereka, menjadi lebih dekat dari pertemuan pertama mereka hingga hari terakhir MT. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menggambarkan tenaga pelakon yang cerah, jadi sila tunjukkan banyak minat dan jangkaan. – Pasukan Produksi

Gabungan pertemuan yang menarik seumpama ini tidak pernah dilihat sebelum ini di mana-mana rancangan. Jadi “Youth MT” adalah sesuatu yang sangat dinantikan oleh peminat dan penonton. Pastinya mereka ingin melihat apa yang akan ditonjolkan oleh kesemua pelakon apabila mereka bersatu.

“Youth MT” akan bersiaran pada 9 September depan di TVING.

Sumber : sedaily | hankookilbo

loading...