BLACKPINK umum siri jelajah dunia “BORN PINK”, akan kembali ke Malaysia pada Mac 2023

BLACKPINK telah mengumumkan tarikh dan bandar pertama bagi siri jelajah dunia mereka yang akan datang!

Pada 1 Ogos, BLACKPINK telah mengeluarkan treler kemunculan semula yang mengumumkan single pra-keluaran, kemunculan semula dan siri jelajah dunia mereka.

Pada 9 Ogos pula, BLACKPINK mendedahkan tarikh dan bandar yang berkaitan untuk siri jelajah dunia “BORN PINK” mereka. Bermula di Seoul pada 15 dan 16 Oktober, kumpulan itu akan segera menuju ke Amerika Utara di mana mereka akan mengadakan 10 pertunjukan di tujuh bandar berbeza di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada.

Pada akhir November hingga Disember, BLACKPINK akan melawat Eropah dan kemudian menuju ke Asia dan Timur Tengah pada tahun baharu. Apa yang penting, BLACKPINK akan kembali menjengah Kuala Lumpur pada 4 Mac 2023. Perkara ini disambut gembira oleh peminat mereka atau BLINKs di Malaysia yang rata-rata tidak sabar untuk turut serta menonton konsert BLACKPINK. Kali terakhir kumpulan itu berkunjung ke Kuala Lumpur pada Februari 2019 menerusi siri jelajah “BLACKPINK IN YOUR AREA”.

Pada musim panas tahun hadapan, kumpulan itu akan melawat Australia dan New Zealand. Jangan risau jika bandar anda belum diumumkan kerana BLACKPINK menjanjikan lebih banyak tarikh untuk siri jelajah dunia terbaru mereka!

Semak senarai penuh di bawah:

Sebelum mengeluarkan album penuh mereka yang akan datang “BORN PINK” pada bulan September, BLACKPINK bersedia untuk mengeluarkan single pra-keluaran bertajuk “Pink Venom” pada 19 Ogos depan. Pada 8 Ogos, genaplah 6 tahun usia BLACKPINK apabila kumpulan itu mula debut pada 8 Ogos 2016. Happy Anniversary BLACKPINK, semoga terus maju dimasa hadapan!

loading...