Berdepan kecederaan rahang, Sunggyu INFINITE akan jalani pembedahan

Kim Sung Gyu (Sunggyu INFINITE) atau Kim Sungkyu akan menjalani pembedahan rahang.

Pada 8 Ogos KST, agensinya DoubleH TNE mengemas kini akhbar mengenai status kesihatannya yang terkini. Terdahulu, media melaporkan bahawa dia dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut setelah mengalami kecederaan rahang sehari sebelumnya.

Antara kenyataan DoubleH TNE adalah seperti berikut:

Kim Sung Gyu mengalami kecederaan rahang semasa menjalani kehidupan sehariannya pada Ahad 7hb dan dikejarkan ke bilik kecemasan hospital berdekatan untuk pemeriksaan menyeluruh. Hasil pemeriksaan, dia kini dimasukkan ke hospital, dan dijadualkan menjalani pembedahan minggu ini kerana patah tulang rahang serta memerlukan rawatan untuk tempoh tertentu selepas pembedahan.

Agensi itu meneruskan bahawa mereka akan memberi tumpuan kepada pemulihan segera Sunggyu, kerana kesihatan setiap artis adalah keutamaan mereka. Mereka juga memastikan dia akan bertemu dengan peminat apabila dia kembali dalam keadaan lebih sihat dan kawasan yang cedera semakin pulih.

Sehubungan itu, Kim Sung-gyu tidak akan terlibat dalam muzikal ‘Kinky Boots’ buat sementara waktu. Dia tampil dalam muzik tersebut dengan membawakan watak ‘Charlie’. Oleh itu, pelakon Shin Jae-beom akan mengambil alih untuk penampilannya pada 10, 13, dan 15 Ogos ini.

Sumber : Newsis | mk

loading...