Ini dia barisan rapper kumpulan gadis yang akan sertai program pertandingan vokal JTBC

JTBC kembali dengan pertandingan baharu dengan konsep yang menyegarkan, iaitu pertandingan vokal, tetapi untukpenyanyi rap dari kumpulan gadis KPop (girl group).

“Second World” (tajuk literal) ialah program survival di mana penyanyi rap kumpulan gadis akan bersatu untuk bertarung dengan kemahiran vokal disamping menunjukkan sisi berbeza mereka. Selain itu, rancangan ini akan membuka dunia kedua mereka sebagai artis serba boleh selain mematahkan prasangka orang ramai bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran menyanyi, dan menunjukkan kebolehan vokal sebenar mereka.

Lapan penyanyi rap yang akan mengambil bahagian ialah bekas ahli Wonder Girls Yubin, bekas ahli AOA Shin Jimin, Moonbyul (MAMAMOO), Mimi (Oh My Girl), Exy (WJSN), JooE (MOMOLAND), Moon Sua (Billlie) dan Kim Seonyou (CLASS:y).

Penyanyi teratas carta Paul Kim akan mengetuai “The Second World” sebagai panduan atau “guide”. Selain itu, program ini turut disertai oleh panel penilai yang sama menarik iaitu penyanyi Kim Bumsoo, Jungyup Brown Eyed Soul, Jeong Eunji Apink, Seo Eunkwang BTOB, dan Kim Minseok MeloMance yang akan bertindak sebagai juri yang dipanggil “Voice Readers.”

Pasukan produksi program itu berkata, “Tidak banyak peluang untuk penyanyi rap menyanyi, sebab itu saya rasa ramai orang menantikan ‘Second World.’ Setiap daripada lapan peserta mempunyai suara yang tersendiri dan menarik. Khususnya, kemahiran vokal mereka di luar jangkaan. Kami berharap orang ramai akan menyertai perjalanan mereka untuk melihat siapa antara penyanyi rap yang akan diiktiraf sebagai artis serba boleh dan dipilih sebagai yang terbaik dalam persaingan sengit ini.”

“Second World” ditayangkan pada 30 Ogos jam 8:50 malam KST melalui rangkaian JTBC.

Sumber : mydaily

loading...