6 tahun bercinta, akhirnya Park Sung Hoon dan Ryu Hyun Kyung berpisah jua

Pelakon Park Sung Hoon dan Ryu Hyun Kyung telah berpisah selepas 6 tahun bercinta. Kini keduanya  memutuskan untuk kekal berkawan.

Pada 5 Ogos, agensi Park Sung Hoon BH Entertainment dan agensi Ryu Hyun Kyung H& Entertainment berkata kepada News 1, “Mereka telah berpisah dan memutuskan untuk kekal sebagai rakan sekerja yang baik. Kami harap anda semua akan tunjukkan minat dan teruskan menyokong mereka berdua.”

Ryu Hyun Kyung dan Park Sung Hoon mula bercinta selepas bekerjasama membintangi teater ‘Almost Main’ pada tahun 2016. Pada Mac 2017, mereka mendedahkan perhubungan mereka kepada umum dan meneruskan percintaan mereka secara terbuka.

Terdahulu, Ryu Hyun Kyung dan Park Sung Hoon menarik perhatian pengguna Instagram kerana menggunakan nama akaun mereka “Boxgeneral” dan “Boxabum”, sempena nama anjing peliharaan mereka, Box. Bagaimanapun, baru-baru ini peminat menyedari bahawa Ryu Hyun Kyung menukar nama pengguna Instagramnya sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Nampaknya spekulasi itu membawa kepada perpisahan Ryu Hyun Kyung dan Park Sung Hoon. Namun, mereka bersikap professional, biarpun bukan lagi pasangan kekasih, tetapi mereka memilih untuk terus kekal sebagai kawan dan rakan sekerja yang saling menyokong satu sama lain.

Park Sung Hoon memulakan kerjaya lakonannya pada 2008 dengan membintangi filem ‘A Frozen Flower’. Antara projek drama yang pernah dia lakonkan adalah ‘Six Flying Dragons’, ‘Incarnation of Jealousy’, ‘My Only One’, Psycopath Diary’, ‘Joseon Exorcist’  dan filem ‘Gonjiam’ .

Manakala Ryu Hyun Kyung mula berlakon pada tahun 1996 menerusi drama ‘Gomtang’. Dia juga pernah membintangi drama seperti She appeared in the dramas ‘Sweet Bun’, ‘Tasty Life’, ’20th Century Boys and Girls’, dan ‘Doctor Detective’ . Dia juga aktif membintangi filem seperti ‘The Servant’, ‘Born To Sing’ (Director Lee Jong-pil · 2013), ‘Intimate Enemies’ dan ‘I’.

Kami ucapkan selamat maju jaya buat keduanya.

Sumber : newsis , donga

loading...