‘Big Mouth’ catat rating tertingginya, ‘Today’s Webtoon’ kembali curi perhatian

Malam tadi dua drama Korea ditayangkan untuk tontonan ramai di negara itu. Nampaknya, drama baharu MBC “Big Mouth” semakin meningkat rating tontonannya!

Pada 5 Ogos, “Big Mouth” naik ke rating penonton tertinggi untuk episod ketiganya. Menurut Nielsen Korea, drama noir baharu yang dibintangi oleh Lee Jong Suk dan YoonA Girls’ Generation mendapat purata tontonan seluruh negara sebanyak 7.6%, sekaligus mencatatkan rekod peribadi baharu untuk drama itu.

“Big Mouth” juga mencapai paras tertinggi baharu sepanjang masa dalam kalangan demografi utama penonton berumur 20 hingga 49 tahun, dengan mereka memperoleh penilaian purata 3.3%.

Sementara itu, drama SBS “Today’s Webtoon” naik semula kepada purata tontonan seluruh negara sebanyak 3.6% untuk episod ketiganya. “Today’s Webtoon” juga memperoleh rating purata 1.4% dalam kalangan penonton berumur 20 hingga 49 tahun.

“Big Mouth” boleh distrim menerusi Disney+Hotstar Setiap Jumaat dan Sabtu. Manakala, “Today’s Webtoon” tersedia diplatform Viu untuk penggemarnya.

Sumber : Naver

loading...