Selepas Lee Jong Suk, mungkinkah Suzy akan bersama dengan Nam Joo Hyuk?

Nampaknya Suzy sentiasa bernasib baik kerana sering bergandingan dengan hero kacak dalam drama yang dibintanginya. Bermula dengan Kim Soo Hyun, Lee Seung Gi, Gong Yoo, Kim Won Bin dan yang terbaru bersama Lee Jong Suk. Mungkinkah calon seterusnya Nam Joo Hyuk?

Bertarikh 31 Januari 2018, portal berita OSEN melaporkan bahawa Suzy dan Nam Joo Hyuk telah ditawarkan untuk membintangi drama terbaru MBC bertajuk Come Hug Me. Menurut sumber MBC, kedua pelakon tersebut dalam proses perbincangan untuk menerima tawaran drama berkenaan.

Sebelum ini, Seo Ye Ji telah dilaporkan memegang watak utama namun pihak MBC menafikan laporan berkenaan kerana tiada sebarang tawaran rasmi dikeluarkan kepada pelakon tersebut.

Come Hug Me mengisahkan dua individu yang mana nasib keduanya bertentangan mengenai kes pembunuhan yang menyayat hati. Drama ini bakal ditayangkan pada Mei ini.

Peminat kdrama, adakah anda ingin melihat gandingan Suzy dan Nam Joo Hyuk dalam drama ini?

nota: Suzy telah memenangi Popular Actress pada CariKdrama Awards yang ke-6 baru-baru ini menerusi drama While You Were Sleeping. Pasangan utama drama yang sama juga iaitu Suzy dan Lee Jong Suk turut  merangkul Couple Of The Year. Senarai rasmi pencalonan serta pemenang berkaitan boleh rujuk di 6th CariKdrama Awards.

Sumber : Naver1, Naver2

loading...