Persembahan memukau di Lollapalooza, J-Hope BTS akui berlatih sepenuh hati dengan sokongan Jimin

J-Hope BTS baru sahaja mengadakan konsert solo pertamanya menerusi festival muzik terbesar di AS, ‘Lollapalooza’. Di atas pentas, dia mempersembahkan sejumlah 18 lagu termasuk lagu daripada album solo terbarunya, “Jack In The Box”, mixtape pertamanya “Hope World”, dan “Chicken Noodle Soup” menampilkan Becky G. , serta lagu BTS. J-Hope juga menjadi headline dikebanyakkan media bagi festival ‘Lollapalooza’ tahun ini.

Usai persembahan, J-Hope berkongsi,

Hari ini adalah detik yang bermakna buat saya. Ini hanyalah sebahagian daripada proses album yang bermula dengan cita-cita untuk mencapai grand final. Menerusi album ‘Jack In The Box’, saya mempunyai aktiviti yang berfaedah untuk diri, malah menjadi sebahagian daripada Lollapalooza. Terima kasih kepada semua yang datang. Ia satu penghormatan pada saya. Ini agak memalukan, tetapi saya ingin mengatakan bahawa saya bangga dengan diri sendiri kerana berjaya mengatasi detik ini.

Setelah menyelesaikan penampilannya, J-hope mengadakan siaran langsung di platform V Live. Dia menjelaskan rasa lega kerana sudah menyelesaikan penampilan di festival itu.

“Saya berlatih setiap hari selama enam jam. Ini persembahan penting dan saya tidak boleh memburukkan nama BTS dengan penampilan besar seperti J-Hope BTS,” katanya menerusi siaran langsung komuniti peminat, V Live.

Jimin juga menghadiri festival itu sebagai penonton. Walaupun dia tidak muncul di pentas, J-Hope mendakwa Jimin menyokongnya semasa persiapan penampilannya di pentas. Jimin turut memuji persembahan J-Hope dengan berkata, “Saya benar-benar menonton sebagai peminat hari ini.”

“Bantuan Jimin memainkan peranan yang besar. Semasa menyediakan Lollapalooza, saya berada dalam dunia yang gelap. Tetapi (Jimin) menjadi cahaya saya (uri Sunshine),” kata J-Hope.

Sebagai tindak balas, Jimin menambah, “Kita telah lama bekerja hanya sebagai satu kumpulan, bukan? Ia adalah kali pertama anda [melakukan sesuatu secara bersendirian], ia pasti sunyi.”

Dalam siaran langsungnya, J-Hope memberitahu bahawa dia baru sahaja mengalami pengalaman yang menakjubkan. Dia senang dapat menyahut cabaran untuk menunjukkan dirinya sendiri. Dia juga turut berkongsi bahawa ahli BTS yang lain sedang mengusahakan muzik masing-masing dan berada dalam keadaan sihat.

J-Hope BTS telah menjadi artis solo Korea Selatan pertama yang muncul di pentas utama festival muzik itu. Sementara itu, artis di bawah agensi BTS, TXT juga adalah kumpulan lelaki Korea Selatan pertama yang muncul di festival itu juga.

Sumber : hankookilbo

loading...