Nam Joo Hyuk pula dituduh pembuli ketika zaman sekolahnya

Pelakon Nam Joo Hyuk telah dituduh membuli di zaman sekolah sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atasnya.

Menurut laporan eksklusif The Days News, seorang pemberi maklumat yang juga mangsa buli Nam Joo Hyuk, dia memberitahu media bahawa pelakon tersebut adalah seorang pembuli selama enam tahun semasa di sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas. Pemberi maklumat juga menyatakan bahawa Nam Joo Hyuk diketahui bergaul dengan sekumpulan pembuli lain semasa di sekolah.

Beberapa perkara keganasan yang didakwanya dilakukan oleh Nam Joo Hyuk termasuk menolak pelajar, memotong barisan semasa makan tengah hari, memaki hamun pelajar, dan memukul pelajar lain. Dia juga dituduh menggunakan pelajar sebagai “bread shuttle”, yang merupakan istilah untuk pembuli menggunakan pelajar lain untuk menjalankan tugas untuk mereka dengan ancaman hukuman sekiranya mereka menolak sebarang arahan yang diberikan.

Pemberi maklumat itu juga turut menyebut satu kejadian di mana mereka mendakwa Nam Joo Hyuk melemparkan pensel mekanikal ke arah mereka dan turut menarik kerusi mereka ketika mereka cuba duduk.

Mereka juga menyatakan bahawa terdapat rakan sekelas lain yang mengalami keganasan sekolah yang lebih teruk di tangan Nam Joo Hyuk dan kini sedang menerima rawatan psikiatri dan mengelak daripada menonton televisyen supaya mereka tidak perlu melihat pelakon tersebut.

Pemberi maklumat menyatakan bahawa mereka perkara ini perlu didedahkan kepada umum supaya mereka dapat membantu orang lain yang mungkin berada dalam situasi yang sama.

Sebagai bukti lain, pemberi maklumat berkongsi gambar buku tahunan sekolah menengah mereka dari Suil High School, 2013. Nam Joo Hyuk adalah alumni dari sekolah menengah itu dan pernah membuat sumbangan kepada sekolah itu pada suatu masa lalu.

Apakah benar dakwaan dari pemberi maklumat ini? Diharap pihak Nam Joo Hyuk dapat beri penjelasan mengenai perkara ini sebaiknya.

Sumber : thedaysnews