Angkara ‘slipped disk’, Kang Daniel terpaksa batalkan persembahan di KBS Music Bank

Kang Daniel terpaksa membatalkan persembahan yang dijadualkan untuk KBS Music Bank hari ini.

Keputusan ini diambil berdasarkan saranan daripada doktor yang memintanya untuk mengambil rehat yang panjang akibat hernia cakera tulang belakang atau disebut sebagai ‘slipped disk’.

Kang Daniel dibawa ke hospital selepas mengadu sakit belakang sebaik saja menghabiskan persembahan lagu ‘Upside Down’ di Mnet M Countdown pada 2 Jun 2022 semalam.

Kang Daniel sedang mempromosikan album penuh pertamanya, ‘The Story’ dengan ‘Upside Down’ dijadikan single utama buat tatapan peminat.

Sumber: mydaily

loading...