SBS “Taxi Driver 2” umum barisan pelakon dan akan bersiaran tahun depan

Nampaknya, drama SBS “Taxi Driver” sudah pasti kembali dengan sekuelnya.

“Taxi Driver” adalah sebuah dramaberdasarkan webtoon dengan nama yang sama. Drama ini mengikuti kisah perkhidmatan teksi rahsia yang membantu mereka yang disalahgunakan oleh undang-undang. Walaupun sentiasa melarikan diri daripada golongan atasan masyarakat, anggota perkhidmatan teksi mencari “penjenayah” yang tidak dihukum oleh undang-undang untuk membalas dendam terhadap mereka yang ditindas. mengenai perkhidmatan teksi misteri yang memberikan keadilan dan membalas dendam bagi pihak mangsa yang tidak mendapat bantuan daripada undang-undang.

Pada 9 Jun, SBS menyatakan, “Drama slot Jumaat-Sabtu ‘Taci Driver’ yang mendapat perhatian penonton akan kembali dengan musim kedua. Watak utama drama ini Lee Je Hoon, Kim Eui Sung, Pyo Ye Jin, Jang Hyuk Jin, dan Bae Yoo Ram, yang memegang watak 5 ahli pasukan Rainbow Taxi. Kelima-lima mereka telah nyatakan persetujuan untuk terus membintangi musim kedua drama ini dan pihak kami akan memulakan produksi secara rasmi untuk tujuan siaran pada separuh pertama tahun depan.”

Sebelum ini, diumumkan bahawa Esom tidak akan kembali untuk musim kedua kerana konflik penjadualan.

Lee Je Hoon akan kembali untuk watak utama sebagai Kim Do Gi, pemain utama dalam misi balas dendam Rainbow Taxi. Kim Eui Sung sekali lagi akan memainkan watak ketua Jang Sung Cheol daripada pasukan Rainbow Taxi. Peminat teruja untuk melihat Pyo Ye Jin memainkan watak Ahn Go Eun, pakar IT dan penggodam pasukan itu sekali lagi. Manakala Jang Hyuk Jin serta Bae Yoo Ram akan memberikan gelak tawa yang menyegarkan ke skrin kecil dengan peranan mereka sebagai duo kejuruteraan Choi Kyung Goo dan Park Jin Uhn.

Pasukan produksi ‘Taxi Driver 2’ berkata, “Kami bersedia sepenuhnya untuk mempersembahkan Musim 2 yang lebih menyeronokkan, lebih menarik dan penuh aksi disamping barisan pelakon yang hebat supaya kami dapat membalas sokongan anda untuk Musim 1. Teruskan menyokong dan nantikan musim kedua ini.” Untuk pengetahuan, musim pertama “Taxi Driver” mencatat purata tontonan tertinggi pada 16%.

“Taxi Driver 2” akan menemui penonton pada separuh pertama 2023.

Sumber : [1]

loading...