Penyanyi BIBI undang reaksi netizen selepas mengenakan pakaian menjolok mata

Penyanyi BIBI mengundang reaksi netizen apabila mengenakan fesyen ‘tetek bawah (under-boob)’ ketika menghadiri perjumpaan dengan Entertainment Tonight.

Di dalam foto yang dikongsikan di instagramnya, BIBI berlutut di atas sofa dengan baju ‘crop top’nya melengkapkan fesyen ‘under-boob’ sehingga hampir-hampir menyembulkan buah dadanya.

Tidak cukup dengan itu, netizen sempat berkongsikan tangkap layar ke atas BIBI sewaktu dia sedang beraksi di dalam program tersebut yang menunjukkan lebih jelas keadaan tersebut.

Sementara itu, BIBI sedang mempromosikan single ‘The Weekend’ di Amerika Syarikat, dan menjadi artis solo Korea pertama menembusi di kedudukan no. 20 di dalam carta Media Base Top 40 bagi kategori siaran radio (“airplays”).

Sumber: wikitree

loading...