Agensi jawab dakwaan gosip cinta Go Minsi dengan GRAY

Agensi Go Min Si menjawab khabar angin yang mengatakan Go Min Si sedang berpacaran dengan GRAY (atau nama sebenarnya Lee Seong Hwa).

“Kami tak nak mengulas apa-apa mengenai khabar angin itu memandangkan ianya melibatkan kehidupan peribadi anak buah kami,” kata jurucakap agensi tersebut.

Sebelum ini, tular di laman komuniti forum yang mendakwa Go Min Si dan GRAY menjalinkan hubungan berdasarkan bukti foto yang menunjukkan kedua-duanya berada di lokasi yang sama ketika kedua-duanya bercuti ke Amerika Syarikat baru-baru ini.

Go Minsi pernah membuat penampilan di dalam MV ‘Make Love’ nyanyian GRAY di mana kedua-duanya berlakon sebagai pasangan kekasih. Go Minsi yang merupakan seorang pelakon, dikenali menerusi drama-drama seperti Netflix Sweet Home, tvN Jirisan dan KBS Youth of May manakala GRAY pula merupakan seorang penyanyi rap.

loading...