Berkat beraksi di dalam gegelung, Hyolyn sekali lagi diangkat sebagai juara mingguan ‘Queendom 2’

Hyolyn sekali lagi dijulang sebagai juara mingguan ‘Queendom 2’ secara berturut-turut selepas memenanginya pada minggu pertama yang lalu.

Hyolyn berjaya meraih jumlah mata tertinggi sebanyak 10,000 jauh meninggalkan pesaingnya ke belakang iaitu LOONA (6432 mata) dan disusuli dengan WJSN (5397 mata), VIVIZ (4433 mata), Kep1er (4031 points), serta terakhir sekali, Brave Girls (2961 mata).

Sebaik saja diumumkan bahawa Hyolyn sebagai pemenang, SinB dan Umji sepakat memuji Hyolyn seraya masing-masing berkata, “sangat hebat” dan, “Hyo-to-man (Hyolyn, markah sempurna!)”. Hyolyn pula mencelah, “Rasa lega dapat markah yang sangat baik kerana menyanyikan lagu orang lain, bukan lagi sendiri.”

Hyolyn dan LOONA saling bertukar menyanyikan lagu masing-masing, dengan Hyolyn memilih ‘So What’ sebagai persembahan keduanya untuk minggu ketiga Queendom 2 ini. Berkat beraksi di dalam gegelung hingga menyebabkan penonton begitu kagum menyaksikan persembahannya telah memuktamadkan mata tertinggi buat Hyolyn.

“Terima kasih, kami juga terharu,” kata LOONA sebagai respon mereka terhadap ucapan Hyolyn itu.

“Tempoh masa persediaan yang dibuat selama sebulan lagi-lagi dalam keadaan sukar ini rupanya begitu cepat berlalu,” sambungnya lagi.

Hyolyn merupakan bekas ahli SISTAR sebelum memilih untuk bergiat aktif secara solo. Dikenali dengan lagu-lagu hebat seperti One Way Love, Erase (duetnya bersama Jooyoung), Crazy of You (OST drama SBS Master’s Sun) dan Goodbye (OST drama SBS My Loves From The Star), Hyolyn menjadi satu-satunya artis solo yang berentap di Mnet Queendom 2 ini.

Sumber: tvdaily