Lagaknya macam ratu yang beraksi di atas pentas, Hyolyn tak sangka dijulang sebagai juara minggu pertama ‘Queendom 2’

Hyolyn, penyanyi versatil merangkap bekas ahli SISTAR, telah dinobatkan sebagai juara minggu pertama Queendom 2.

Keputusan tersebut diumumkan pada minggu pertama Mnet Queendom 2 yang berlangsung pada 7 April 2022 semalam. Hyolyn diangkat sebagai juara mingguan selepas berjaya mendapat mata tertinggi hasil undian di peringkat antarabangsa, undian penonton di studio, serta penilaian kendiri ke atasnya.

Bercakap tentang kemenangan tersebut, Hyolyn yang menyanyikan lagu ‘Touch My Body’, tidak dapat meluahkan rasa gembiranya. “Aku rasa baik-baik saja tetapi risau apa yang akan terjadi untuk pertandingan seterusnya. Aku akan buat yang terbaik untuk beraksi di atas pentas,” ucapnya.

Baca lagi: 6 kumpulan artis kpop hebat ini disahkan akan berentap untuk Queendom 2

WJSN yang menyanyikan lagu “As You Wish” dan mendapat tempat kedua pula berkata, “Terima kasih kerana tetap memberikan markah tinggi walaupun di atas persembahan yang mengecewakan.” Kedudukan WJSN disusuli oleh BBBG, Kep1er dan Brave Girls manakala LOONA tidak dapat bertanding untuk minggu pertama kerana separuh ahlinya telah dijangkiti Covid-19.

BBBG yang dianggotai oleh tiga orang bekas ahli GFriend iaitu Eunha, SinB, dan Umji ini meluahkan rasa kecewa mereka kerana mendapat mata terendah untuk penilaian kendiri. “Aku rasa teruk. Aku dipilih dan jadi begitu teruja. Selepas ini aku akan berusaha gigih lagi untuk pertandingan seterusnya,” kata SinB.

Kep1er yang menyanyikan lagu Wa Da Da ini berjaya menempatkan diri mereka di tempat keempat secara keseluruhan untuk minggu pertama Queendom 2.

Akhir sekali, Brave Girls yang menyanyikan lagu sendiri yang di’medley’kan, “Chi Mat Ba Ram” dan “Rollin'” bagaimanapun terpaksa akur di tempat terakhir. “Memang ada rasa kecewa selepas hasilkan persembahan yang memalukan. Rasa takut-takut kerana tidak sangka Brave Girls boleh popular. Jika keputusan ini masih sama, kami akan hilang keyakinan dan semuanya akan berakhir. Aku akan berusaha gigih untuk pertandingan seterusnya,” kata mereka.

Mnet Queendom 2 ditayangkan setiap minggu pada malam hari Khamis.

Sumber: heraldpop

loading...