Red Velvet mencipta sejarah sangat gemilang untuk kumpulan kpop perempuan, apabila meraih jualan satu album terlaris di Korea di dalam seminggu dengan jualan terkumpul kini melebihi 547,400 unit.
Menurut Hanteo, album mini kesembilan daripada Red Velvet berjudul ‘The ReVe Festival 2022 – Feel My Rhythm’ ini, berjaya meraih 443,736 unit di dalam minggu pertama pelancarannya dan meningkat kepada 547,400 unit setakat 20 April 2022 sekaligus meletakkan mereka di kedudukan no.1 di dalam carta album Gaon selepas lima minggu pelancarannya. ‘The ReVe Festival 2022 – Feel My Rhythm’ berjaya memintas pencapaian jualan album yang dibuat oleh NCT Dream, Onew, Dreamcatcher, EPEX, dan DKZ masing-masing dengan ‘Glitch Mode’, ‘Dice’,’Apocalypse: Save Us’, ‘Prelude of Anxiety Chapter 1. ’21st Century Boys’ dan ‘Chase Episode 2. Maum’ masing-masing di kedudukan no.2, 3, 4,5 dan 6 di dalam carta yang sama. IVE merupakan penyandang jualan album terlaris minggu sebelumnya.
Dengan catatan sebanyak 547,400 unit diraih setakat ini, jualan terkumpul ‘The ReVe Festival 2022 – Feel My Rhythm’ diiktiraf sebagai kedua tertinggi bagi mana-mana kumpulan kpop perempuan sejak Blackpink lakukannya dengan album studio ‘Blackpink The Album’ pada tahun 2020.
The ReVe Festival 2022 – Feel My Rhythm’ merupakan ‘comeback’ terkini Red Velvet sejak tujuh bulan lalu. Kali terakhir mereka mengeluarkan album adalah menerusi ‘Queendom’.
Sumber: Hanteo, Gaon