Tangisan hiba Dreamcatcher iringi kemenangan ‘music show’ mereka yang pertama sejak ditubuhkan 1,924 hari lalu

Dreamcatcher membuktikan bahawa dengan usaha gigih berpanjangan, seseorang itu mampu meneroka kejayaan yang tidak pernah disangka-sangka di dalam hidupnya.

Ditubuhkan sejak 1,924 hari lalu yakni bersamaan dengan 5 tahun 3 bulan, Dreamcatcher akhirnya memperolehi trofi kemenangan mereka di mana-mana pertandingan ‘music shows’ terbuka. Dreamcatcher melakukannya dengan lagu ‘Masion’ keluaran single terbaru daripada album studio kedua mereka, ‘Apocalypse: Save Us’ di MBC M Show Champion pada 20 April 2022 apabila berjaya menumpaskan IVE (Love Dive), BIGBANG (Still Life), Dice (Onew) dan Cupid (DKZ) di hari yang sama.

Sebaik saja dijulangkan sebagai juara mingguan MBC M Show Champion, Dreamcatcher dengan nada sebak sambil berpelukan sesama sendiri berkata, “Terima kasih kepada rakan sesama ahli dan juga ibu bapa kami. Tanpa mereka, kami takkan berada di sini. Aku takkan lupakan momen ini buat selama-lamanya dan akan bekerja dengan penuh gigih lagi.”

Dreamcatcher yang agak dikenali di luar negara berbanding negara kelahirannya sendiri, memperjuangkan irama muzik pop rock sejak 6 tahun lalu, yakni genre muzik yang jarang diketengahkan oleh kumpulan kpop dasawarsa ini.

Dianggotai oleh 7 orang ahli iaitu JiU, SuA, Siyeon, Handong, Yoohyeon, Dami dan Gahyeon, Dreamcatcher melalui tempoh enam tahun ini dalam keadaan yang pasang dan surut. Namun atas sokongan berterusan daripada peminat di serata dunia, mereka tidak pernah berputus asa dan sentiasa memberikan hadiah terbaik buat peminat mereka.

Sumber: newsis

loading...