Aespa, kumpulan kpop pertama yang dijemput beraksi di pentas utama Coachella

Aespa bakal beraksi di pentas utama Coachella, yakni festival muzik terbesar di Amerika Syarikat.

Menurut jurucakap agensinya, SM Ent., Aespa bakal mempersembahkan beberapa buah lagu popularnya seperti ‘Black Mamba’, ‘Next Level’, dan ‘Savage’ selain lagu baru yang belum diberikan judul lagi. Mereka dijadualkan akan membuat persembahan pada 23 April 2022 ini bertempat di Coachella, Indio, California, Amerika Syarikat.

Sebelum ini, beberapa kumpulan kpop seperti Blackpink, BIGBANG, Epik High dan terbaru sekali, 2NE1 pernah dijemput ke sana untuk membuat persembahan. Blackpink misalnya dijemput beraksi di pentas Sahara sekadar selingan pada tahun 2019 manakala 2NE1 pula di atas jemputan 88rising, hadir mengejut di pentas utama tanpa pemberitahuan. Oleh yang demikian, Aespa secara teknikal menjadi kumpulan kpop pertama yang dijemput beraksi di pentas utama Coachella apabila nama mereka disenaraikan secara rasmi untuk barisan artis di pentas utama Coachella.

Aespa diiktiraf sebagai antara kumpulan kpop paling cepat meningkat naik di seantero dunia sejak ‘debut’ pada tahun 2020. Baru-baru ini, Aespa mencipta sejarah di Korea Music Awards 2022 (persis Grammy Korea) apabila berjaya menumpaskan BTS seterusnya meraih anugerah ‘Song Of The Year’.

Sumber: daum (newsen)

loading...