“Kebelakangan ini, penyanyi idol begitu pemalas”- Suho EXO undang kritikan netizen, peminat pula cuba perjelaskan maksud disebaliknya

Pandangan jujur daripada Suho EXO baru-baru ini telah mengundang kritikan netizen apabila penyanyi itu dilihat cuba menyamaratakan kesemua idol sebagai pemalas.

Seperti yang dipetik daripada portal TOP Star News pada 15 April 2022, Suho yang ketika itu sedang mengadakan sesi perjumpaan bersama peminat di sebuah cafe bertempat di Busan, dilaporkan berkata, “Aku rasa lega kerana dapat memberikan peminat memori yang baik. Sebenarnya, aku tak jangka boleh jadi ‘event’ besar dan ingat sudah berbuat yang terbaik”.

“Kebelakangan inilah, penyanyi idol begitu pemalas. Bukankah itu tanggungjawab agensi? Apabila syarikat bertambah besar dan industri idol pula menjadi semakin sesak, mereka nampaknya terlepas pandang perkara kecil. Agak mengecewakan,” kata Suho lagi. Malahan, Suho juga yang menawarkan tanggungan kos penerbangan pergi balik serta makanan kepada mana-mana peminat yang memenangi cabutan bertuah untuk bersama-sama dengannya di pulau Jeju bagi menghadiri sesi tandatangan album terbarunya, ‘Grey Suit’ pada 16 April 2022 lalu, membuktikan komitmennya bagi menghargai jasa peminat yang telah menyokongnya selama ini.

Walaubagaimanapun, pandangan jujur Suho itu tidak disenangi netizen yang rata-ratanya daripada kelab peminat kpop lain. “Suho berada di bawah naungan SM Ent., maka senang untuk dia lakukan sesuatu buat peminat berbanding artis Kpop yang berada di bawah naungan agensi kecil yang terbatas kerana kekangan kewangan,” kata netizen itu.

Baca lagi: Inilah sebab kenapa Suho EXO sudah mula pinggirkan Kyung Soo, kini mahu jadikan Sehun pula sebagai kekasihnya yang baru; “Korang akan rasai juga nanti” – Suho EXO tergelak kesedihan kenangkan jawapan balas Kai & Sehun sebaik saja dia habis berkhidmat

Manakala peminat Exol pula menganggap pandangan Suho itu sekadar gurauan semata-mata. “Sudah semestilah dia bergurau saja, kenapa korang pergi serang dia? Tak perlu pun nak marah-marah,” telah peminat tersebut.

Sumber: topstarnews, sport khans

loading...