Dahyun TWICE dituduh menciplak fesyen ‘Hanbok’ Jisoo Blackpink, JYP memohon maaf kerana terlepas pandang

May be an image of 2 people and people standing

JYP Ent. hari ini membuat permohonan maaf di atas kontroversi melibatkan fesyen hanbok Dahyun TWICE di dalam MV “Switch To Me” yang dikatakan menciplak fesyen ‘Hanbok’ Jisoo Blackpink di dalam MV “How You Like That”.

“Berkenaan fesyen baju Dahyun dan Chaeyoung daripada projek Melodi, fesyen hanbok tersebut telah dibeli daripada sebuah syarikat hanbok tertentu, dan kami terlepas pandang tentang persamaan di antaranya. Kami memohon maaf kerana ini. Kami akan berikan penjelasan tentang situasi dan permohonan maaf akan disertakan kepada pereka fesyen tersebut. Kami akan sentiasa berhati-hati selepas ini supaya insiden ini tidak lagi berulang,” kata jurucakap agensi tersebut.

Sebelum ini, tertular di media sosial apabila pereka fesyen bernama Kim Bal’ko berkongsikan sebuah tangkap layar di laman instagram miliknya, mendakwa fesyen baju TWICE di dalam MV “Switch To Me” telah diciplak daripada hasil kerjanya tanpa kebenaran. Fesyen tersebut dikatakan menyerupai fesyen hanbok Jisoo Blackpink di dalam MV “How You Like That” yang dikreditkan atas hasil kerjanya.

“Eh?!! Aku tak terlibat langsung, macammana hasil kerja aku buat ada dalam video ini!”, katanya.

“Switch To Me”, lagu duo nyanyian asal Rain dan Park Jin Young (JYP) itu dinyanyikan semula oleh duo popular daripada kumpulan kpop TWICE iaitu Chaeyoung dan Dahyun, yang digelar sebagai #dubchaeng.

Sumber: newsen

loading...