iKON, Seventeen & BTS bakal lancarkan ‘comeback’ album terbaru secara berselang-seli mulai Mei 2022 depan

iKON, Seventeen dan BTS dijangka akan melancarkan ‘comeback’ album terbaru secara berselang-seli mulai Mei 2022 depan.

Bermula dengan iKON yang dinanti-nanti akan kemunculan mereka kembali sejak setahun lalu, kumpulan kpop yang dianggotai enam anak muda ini (selepas pemergian Hanbin, B.I.) bakal melancarkan album terbaru tepat pada 3 Mei 2022. Mereka akan menjayakan konsert pertama mereka sejak tiga tahun lalu pada 25 dan 26 Jun 2022.

SEVENTEEN pula akan menyusuli kemudian dengan pelancaran album studio penuh sekitar pertengahan Mei 2022 dengan tarikh masih dirahsiakan. Tiada maklumat lagi tentang judul album, namun lagu ‘Dar+ling’ berbahasa Inggeris gubahan Woozi SEVENTEEN telah dikeluarkan terlebih dahulu pada 15 April 2022 sebagai promosi. Kesannya, suara menggoda daripada ahli-ahli SEVENTEEN untuk lagu ‘Dar+ling’ ini telah memukau peminat muzik hingga menguasai carta Itunes di serata dunia.

Taehyung bersama rakan-rakan BTS di majlis Grammy ke-64.

Akhir sekali, BTS pula telah menetapkan bulan Jun ini untuk melancarkan album terbaru mereka sejak kali terakhir mengeluarkan album single ‘Butter’ yang mengandungi dua buah lagu, ‘Butter’ dan ‘Permission To Dance’ pada 11 bulan lalu. Tanggal 10 Jun 2022 dipilih sebagai tarikh keramat pelancaran album tersebut, dan dijangka menjadi album terakhir yang menampilkan Kim Seok Jin sebelum penyanyi itu perlu menunaikan gesaan khidmat ketenteraan menjelang akhir tahun 2022 ini selagi tiada undang-undang telah digubal untuk membolehkan mereka dikecualikan. BTS akan menghabiskan konsert jelajah mereka di Las Vegas berbaki satu hari lagi pada 17 April 2022 hari ini.

Sumber: newsen

loading...