MC Mong ditahan pihak kastam Korea selepas cubaan membawa keluar wang berjumlah ratusan ribu ringgit

Penyanyi rap terkenal di Korea, MC Mong (atau nama sebenarnya Shin Dong Hyun) telah ditahan oleh pihak kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon bulan lepas di atas cubaan membawa masuk USD 70,000 (~RM 296,135) tanpa pengisytiharan.

MC Mong mengesahkan berita tersebut di laman instagramnya pada 13 April 2022 hari ini. “Sekitar tiga minggu lalu, seramai 10 orang termasuk staf Amerika Syarikat cuba membawa keluar USD 70,000 untuk menjalani penggambaran dokumentari. Disebabkan nak cepat, aku terlupa untuk mengisytiharkan jumlah wang itu terlebih dahulu dengan pihak kastam,” katanya.

“Ketika itu, pihak kastam berkata kami boleh berlepas tapi akhirnya kerana risau dan tak mahu salah faham, kami terus batalkan penerbangan. Aku menulis ini bukan kerana takut dan mahu mengelakkan diri, tetapi untuk mengajar diri supaya jadi lebih telus di masa hadapan,” sambungnya lagi.

Sementara itu, siasatan sudah pun selesai dan MC Mong bakal didakwa di atas cubaan meloloskan diri ke luar negara tanpa mengisytiharkan sejumlah wang kepada pihak kastam.

Sumber: SBS news

loading...