Himchan B.A.P mengaku bersalah kerana berkelakuan tak senonoh kepada wanita

Himchan B.A.P mengaku bersalah di atas kesemua salah laku seksual di dalam rayuannya di Seoul Central District Court bertempat di Seocho-gu, Seoul.

“Ya, saya mengaku bersalah di atas kesemua dakwaan tersebut,” kata Himchan setelah menarik balik pengakuan tidak bersalah di dalam perbicaraan mahkamah sebelum ini di mana penyanyi itu telah dijatuhi hukuman penjara 10 bulan serta rawatan terapi seks selama 40 jam. Himchan turut menyerahkan surat yang dinukilkan sendiri untuk perhatian hakim.

Himchan sebelum ini didakwa atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh ke atas oleh seorang wanita “A” sewaktu sedang keluar minum di rumah tumpangan pada Julai 2018.

Himchan menerusi peguamnya menafikan dakwaan wanita berkenaan dan menegaskan ia perbuatan suka sama suka antara mereka. “Kami mengaku Himchan pernah mengucup dan menyentuh payu daranya, tetapi tak de yang lebih teruk daripada itu,” jawab peguam Himchan sewaktu perbicaraan di mahkamah.

Dalam pengakuan dibuat di instagram pada 16 Julai 2020 pula, Himchan menyatakan dia begitu rindukan dambaan peminatnya sejak hampir dua tahun tidak mengemaskininya dan menafikan dia pernah membuat salah laku seksual. “Saya memiliki hati yang jahat kerana cerita yang dimanipulasikan daripada fakta sebenar sehingga saya tak sempat pun nak bernafas. Apapun, saya memohon maaf di atas kekecewaan yang dialami tak kira apa jua alasan meskipun berlawanan dengan fakta sebenar. Kita akan bertemu lagi di masa akan datang dengan perubahan yang baharu. Jumpa lagi,” katanya.

Sumber: insight

loading...