Tular khabar angin mendakwa Jessica Jung bakal ‘debut’ di dalam kumpulan cpop terbaru

Jessica Jung dikatakan sedang menghadiri ujibakat untuk ‘debut’ semula di dalam kumpulan cpop yang berpaksikan di China.

Pada 3 April 2022 baru ini, sebuah laman komuniti forum di China telah mendedahkan senarai bekas selebriti-selebriti berusia 30-an yang akan bertanding untuk program survival ‘Seungpoong Blue Jerk’ musim ketiga bagi membolehkan mereka ‘debut’ semula.

Jessica Jung dipamerkan sebagai salah seorang peserta daripada kalangan 58 yang bertanding. Jessica Jung menggunakan nama ‘Jung Soo Young’ dengan identitinya sebagai rakyat Amerika yang berketurunan Korea-China dan lahir pada tahun 1989 serta memiliki ketinggian sekitar 162cm. Bagaimanapun, label ‘Korea-China’ itu tidak disenangi netizen berikutan Jessica Jung tiada kaitan dengan keturunan yang berasal dari China.

Jurucakap agensinya, Coridel Entertainment mengesahkan pembabitan Jessica Jung di dalam program survival muzik tersebut. “Ya, memang dia akan muncul dalam program ujibakat tersebut, namun kami sedang memeriksa kenapa pihak produksi sengaja melabelkan Jessica Jung dengan ‘Korea-China’. Senarai yang dikeluarkan itu palsu, dan bukannya daripada pihak produksi,” katanya.

Jessica Jung keluar daripada Girls Generation pada tahun 2014 bagi menempukan sepenuh perhatian di dalam kerjaya solo. Kristal Jung, bekas ahli f(x) pula merupakan adik kandungnya.

Sumber: enews

loading...