BTS bukan kalah, cuma belum menang lagi di Anugerah Grammy

Bak kata pepatah, BTS bukannya kalah tetapi belum menang lagi di Anugerah Grammy.

Menerusi lagu Butter yang dicalonkan, BTS masih tidak berjaya untuk merangkul trofi Best Pop Duo/Group Performance tersebut apabila tumpas kepada Doja Cats berduet dengan SZA melalui lagu ‘Kiss Me More’. BTS turut bersaing dengan Lady Gaga duet Tony Bennet, Justin Bieber, serta Coldplay di dalam kategori sama pada Anugerah Grammy ke-48 ini.

Ini kali kedua mereka tercalon di dalam kategori yang sama secara berturut-turut. Namun pada tahun sebelumnya, BTS menerusi lagu ‘Dynamite’ juga tumpas di tangan Lady Gaga dan Ariana Grande menerusi lagu ‘Rain on Me’.

Taehyung dan Olivia Rodrigo
BTS mempersembahkan lagu Butter dalam versi berbeza untuk Majlis Grammy ke-48 ini.

Kendatipun BTS tidak menang, namun kehadiran mereka di Grammy sudah pasti ditunggu-tunggu peminat di serata dunia lagi-lagi BTS bakal membuat persembahan yang istimewa untuk peminat mereka. Antara momen menarik yang dikecapi apabila Taehyung membisikkan sesuatu di telinga Olivia Rodrigo hingga membuatkan penyanyi wanita itu terkejut sebelum mereka beramai-ramai beraksi di atas pentas menyanyikan lagu ‘Butter’.

Jika rezeki berpihak pada BTS tadi, mereka mungkin menjadi artis Korea keempat memenangi Grammy selepas Sumi Jo, Byeong Joon Hwang dan Richard Yongjae O’Neill serta menjadi artis Kpop pertama berjaya berbuat demikian. Sudah semestinya Big Hit akan memikirkan beberapa pelan dalam jangka masa panjang bagi membolehkan BTS memenangi Anugerah Grammy ini pada suatu masa nanti.

Sumber: Grammy

loading...