Sembilan bulan menyepi kerana skandal, Zhang Zhehan kembali terjah peminat di media sosial

Zhang Zhehan, pelakon China yang popular kerana lakonannya di dalam ‘World of Honor’ dilihat cuba untuk berinteraksi dengan peminat semula selepas sembilan bulan menyepi kerana skandal yang mengundang kecaman netizen China terhadapnya.

Zhang Zhehan sebelum ini telah digam kemunculan di dalam industri seni oleh Persatuan China kerana ditangkap bergambar bersebelahan Tokong Yakuni di Jepun dan menghadiri majlis kahwin seseorang di Tokong Nogi di Jepun. Media China mengkritik tindakan Zhang Zhehan yang jahil terhadap sejarah negara dan tidak mengambil kira penderitaan yang dialami rakyat China ketika perang dunia kedua dahulu di mana Jepun cuba menakluk China.

Akibatnya, Zhang Zhehan dikecam sebilangan besar netizen China menyebabkannya terpaksa memadamkan akaun rasmi Weibo serta-merta. Tidak cukup dengan itu, syarikat-syarikat yang mengambilnya sebagai duta turut membatalkan kontrak dengannya.

Sembilan bulan menyepi tanpa khabar berita, Zhang Zhehan mengemaskini status di laman instagramnya pada 2 April 2022. Harus diingatkan bahawa kerajaan China tidak boleh menahan artis-artis daripada negaranya berhubungan dengan peminat menerusi instagram, melainkan weibo yang masih boleh dikawal. Sambil memuatnaik beberapa foto dirinya yang terkini, Zhang Zhehan berkata, “Carilah suara kamu. Carilah diri kamu. Kekuatan sebenar lebih besar daripada sekadar kesempurnaan.”

Zhang Zhehan Word Of Honor GIF - Zhang Zhehan Word Of Honor Word Of Honor  Concert - Discover & Share GIFs

Berikutan status terkini tersebut, peminat meluahkan rasa gembira mereka kerana dapat menyaksikan pelakon kegemaran mereka bangkit semula memandangkan ada beberapa buah drama lakonannya masih disekat daripada ditayangkan kerana skandal tersebut, antaranya Fall in Love at Second Sight.

Sumber: weibo

loading...