Taehyung BTS dikesan merokok di belakang pentas Grammy menerusi satu hantaran dibuat oleh netizen di laman twitter sebentar tadi.
Dalam foto yang tertular itu, Taehyung dilihat mengenakan rokok sebatang sambil ditemani seorang lelaki yang bukan selebriti, dipercayai staf Big Hit. Kapsyen netizen itu berbunyi, “Taehyung dikesan merokok sebelum persembahan.”
Penularan foto tersebut dilihat tidak disenangi rata-rata peminat ARMY yang menganggapnya suatu yang tindakan yang agak terdesak daripada pembenci BTS berpandukan sumber daripada peminat sasaeng bagi mencalarkan imej penyanyi kpop yang sangat sensasi tersebut. Ini juga kali pertama Taehyung dikesan merokok di depan khalayak ramai.
Rata-rata peminat meminta mana-mana yang berkongsikan foto tersebut untuk memadamkannya dengan segera berikutan ianya tidak mendapat kebenaran daripada Taehyung sendiri.
kim taehyung caught smoking cigarettes at the grammy pic.twitter.com/BhfvuX0l0h
— sus (@sugarofbts) April 4, 2022
kim taehyung smoking after the performance. from juuling to real cigarette good luck with your health please dont come near the boys when you are smoking! pic.twitter.com/OjmYJzyfxe
— – (@leavebts_v) April 4, 2022
Sumber: N/A