Jungkook BTS menyatakan kesudian untuk berlakon drama Korea buat pertama kali?

Jungkook BTS ditanya netizen tentang kemungkinan untuk menceburi bidang lakonan pula di dalam slot #AskMeAnything yang berlangsung di instastory pada 30 Mac 2022 hari ini.

Pertanyaan peminat itu dikatakan telah menangkap perhatian Jungkook.

“Oppa, kau sangat bagus berlakon di dalam House Of Army (VCR), tetapi kenapa kau tak pernah muncul di dalam Kdrama? ,” tanya peminat itu.

“Betul ke? Pengarah-pengarah semua, masukkan aku dalam drama sekali, boleh?,” jawab Jungkook secara spontan sekaligus memberikan harapan kepada peminat bahawa beliau sudi untuk berlakon buat pertama kali di dalam sejarah kariernya selaku anak seni. Sebelum ini, Jungkook juga dilihat terhibur menonton Kdrama, antaranya tvN Twenty-Five Twenty-One lakonan Nam Joo Hyuk dan Kim Tae Ri hingga membuatkannya bertindak berkongsikan klip video drama tersebut menerusi laman instagram-nya.

Walaubagaimanapun, jawapan Jungkook itu boleh ditakrifkan dalam bentuk gurau-senda dan beliau mungkin tidaklah begitu serius untuk mempertimbangkannya sebagai menjawab pertanyaan peminat itu secara berseloroh. Setakat ini, dalam kalangan ahli BTS, hanya Taehyung saja pernah membintangi drama Korea yakni menerusi KBS Hwarang yang disiarkan pada tahun 2016. Itu juga satu-satunya drama lakonan Taehyung.

Sementara itu, Jungkook kini sedang menjalani kuarantin kendiri selepas dijangkiti Covid-19 semalam.

Sumber: twitter

loading...