Jackson Wang GOT7 taruhkan album ‘Blow’ buat peminat antarabangsa

Jackson Wang bakal melancarkan album berbahasa Inggeris berjudul ‘Blow’ yang pertama sejak sekian lama pada 31 Mac 2022 ini.

Berdasarkan teaser lagu ‘Blow’ tersebut, Jackson Wang menunjukkan dirinya di dalam keadaan terawang-awangan serta dikelilingi dengan suasana yang penuh misteri.

Selain bergiat aktif sebagai ahli kumpulan GOT7, Jackson Wang banyak menumpukan kepada kerjayanya sebagai artis solo yang semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa terutamanya di China. Kejayaannya dapat dilihat menerusi album solo ‘debut’-nya, ‘MIRRORS’ pada tahun 2019 sehingga berjaya menempatkan kedudukan di tangga ke-32 di dalam carta Billboard 200 Amerika Syarikat. Malah, lagu “LMLY” dan “Drive You Home” juga telah menembusi ‘airplays’ di corong-corong radio di Amerika Syarikat di dalam kalangan top 40 menurut Mediabase.

Album single ‘Blow’ ini akan menemui peminat di kesemua cabang laman penstriman mulai 31 Mac 2022 pada jam 1.00 petang waktu Malaysia.

*Artikel ini disediakan oleh Team Wang Studio*

loading...