Baru saja habis tempoh kuarantin, JHope BTS terus berlepas ke Amerika Syarikat tanpa berlengah lagi

JHope atau nama sebenarnya Jung Ho Seok, telah pun selesai menjalani tempoh kuarantin selepas dijangkiti Covid-19 minggu lalu.

Menurut kenyataan dibuat oleh Big Hit, JHope dijangka akan berlepas ke Amerika Syarikat seawal-awalnya hari ini. “JHope telah pun selesai berkuaratin sejak hari Rabu, 23 Mac 2022 lalu dan mula bergiat aktif semula mulai hari ini. Walaupun dia masih lagi mengalami gejala seperti sakit tekak, tapi dia semakin pulih daripada penyakitnya,” kata jurucakap agensi itu.

“Jadual penerbangan JHope sudah pun ditempah dan dia akan sentiasa patuhi arahan Covid-19 sepanjang perjalanan. Kami juga dapat mengesahkan bahawa JHope tiada masalah untuk mengikuti rakan-rakan BTS lain menggegarkan pentas Grammy Awards nanti,” ujar jurucakap agensi itu lagi.

Semalam, berbaki beberapa jam sebelum tempoh kuarantinnya berakhir, JHope memuatnaik status di Weverse memaklumkan keadaan terkini dirinya. “Korang bimbang ke? Aku okay saja kerana aku makan dan tidur dengan cukup sepanjang tempoh kuarantin. Aku pernah dikesan menghidapi penyakit tertentu ketika waktu yang sangat kritikal, jadi aku tak berapa gelisah sangat.. Disebabkan ia telah pun berlaku, jadi aku anggap lebih baik luangkan masa dengan fikiran sebegini, ‘Ambil ubat dan rehat! Cepatlah sembuh supaya aku boleh tunjukkan kat korang sisi aku yang baik,” tulisnya di laman Weverse.

Sementara itu, BTS tercalon di dalam satu-satunya kategori Best Pop Duo/Group Performance menerusi lagu Butter, serta bakal bersaing dengan Lady Gaga duet Tony Bennet, Justin Bieber, Coldplay dan Doja Cat duet SZA di dalam kategori sama. Ini kali kedua mereka tercalon di dalam kategori yang sama.

BTS juga dijangka akan membuat persembahan di majlis Grammy Awards itu dan bakal menyusuli dengan konsert jelajah di Las Vegas pada 8,9, 15 dan 16 April 2022 depan.

Sumber: moneytoday

loading...