Kim Soo Hyun kejutkan Yeo Jin Gu & IU dengan trak kopi pada awal malam tadi

Kim Soo Hyun yang baru selesai menjalani khidmat negara, mengejutkan Yeo Jin Gu dan IU dengan trak kofi pada awal malam tadi dengan beberapa gambar mereka bersama dimuatnaik oleh IU di dalam laman instagram-nya.

 

Yeo Jin Gu dan IU yang sedang sibuk melakukan penggambaran untuk drama tvN Hotel Del Luna, didatangi oleh Kim Soo Hyun secara tiba-tiba. Terkejut dengan kehadiran Kim Soo Hyun, IU segera meluahkan perasaan gembiranya menerusi kapsyen di laman sosial sambil berkata, “Saya terkejut! Terima kasih banyak-banyak.”

Umum diketahui, IU dan Kim Soo Hyun pernah berlakon bersama-sama di dalam drama KBS Dream High dan kemudiannya disusuli dengan drama KBS The Producers juga. Sejak daripada itu mereka mula berkawan baik. Manakala, Yeo Jin Goo pula pernah memainkan watak Kim Soo Hyun sewaktu muda remaja di dalam drama MBC Moon Embraces The Sun

Mengulas tentang aktiviti terbaru Kim Soo Hyun, beliau belum mengesahkan penglibatan dalam mana-mana projek terbaru sehingga penghujung tahun ini.

Sumber: heraldcop

loading...