Ini reaksi Taehyung sebaik saja lihat Jungkook BTS masih gagah lagi menari walaupun disahkan menghidap Covid-19

Jungkook BTS berkongsikan keadaan semasa tentang dirinya di laman instagramnya bagi meredakan kerisauan peminat terhadapnya.

Di dalam satu kemaskini dibuat pada 30 Mac 2022 hari ini, Jungkook mengepilkan videonya menari mengikut irama lagu Winter blossom(ft. Ashley Alisha, nobody likes you pat).

“Hi semua, aku okay saja. Untuk mengelakkan tubuh badan aku jadi berat, aku cuba untuk bergerak. Aku makan dan berbaring lebih dua kali, jadi aku risau tubuhku makin berisi pula. Aku sedang menjaga diriku dan jangan risau sangat ya. Mari kita berjumpa nanti,” katanya.

Hantaran video tersebut sebagai respon kepada kerisauan netizen berhubung rakaman suaranya semalam yang agak sayup kedengaran seolah-olah dalam mengah kesakitan. Sebaik saja diposkan video tersebut, Taehyung kemudiannya membalas di ruangan komentar di bawahnya.

“Tengoklah sakan betul dia menari… Covid-19 nampaknya sudah kalah dengan Jungkook. Aku pula tak boleh bergerak langsung semasa kena Covid-19 dulu,” kata Taehyung dengan nada terkejut apabila menyaksikan Jungkook masih gagah menari walaupun tengah menghidapi Covid-19.

Samada Jungkook dibenarkan untuk terlibat di dalam aktiviti bersama BTS nanti bergantung kepada ketetapan yang dibuat oleh kerajaan Amerika Syarikat. Ini bermakna Jungkook mungkin sukar untuk menyertai BTS di majlis Grammy yang akan berlangsung pada 4 April 2022 (waktu Malaysia) ini kendatipun tempoh kuarantinnya ngam-ngam berakhir pada hari majlis berkenaan.

Sumber: instagram

loading...